• Home
  • Info
  • Struktur Pengurusan Pejabat
  • Unit Perkhidmatan Kemudahan Pusat

UNIT PERKHIDMATAN KEMUDAHAN PUSAT

Unit Perkhidmatan Kemudahan Pusat (UPKP) merupakan salah satu struktur pentadbiran yang bernaung di bawah pentadbiran Jabatan Pendaftar, USM yang berperanan untuk menyediakan dan memberi perkhidmatan kepada warga Universiti Sains Malaysia (USM). Peranan dan tanggungjawabkan UPKP adalah ;

  1. Pengurusan Tempahan Ruang dan Fasiliti
    Bertanggungjawab menguruskan Unit Perkhidmatan Kemudahan Pusat Universiti yang melibatkan penyelarasan tempahan, penggunaan dan pemantauan kemudahan-kemudahan guna sama Universiti di Kampus Induk iaitu dewan-dewan utama, dewan-dewan kuliah, bilik-bilik tutorial, bilik-bilik mesyuarat dan seminar, foyer-foyer, dataran dan padang kawad.

  2. Pengurusan Pakaian Rasmi dan Akademik Universiti
    Menguruskan pakaian rasmi dan akademik Universiti yang melibatkan penyelarasan penggunaan untuk ketiga-tiga Kampus, perolehan, penyelenggaraan dan pemantauan pakaian akademik Pegawai-Pegawai utama Universiti dan graduan untuk konvokesyen universiti.

  3. Pengurusan Kad Pintar
    Bertanggungjawab menguruskan pengeluaran kad staf, kad afiliasi dan kad jasabudi kepada yang berkelayakkan. Selain itu, pengurusan kad pintar ini juga termasuk bagi kad baru, kad rosak, kad hilang, pertukaran kad disebabkan kenaikan pangkat dan diserap ke jawatan tetap.

  4. Pengurusan Mel Sentral
    Penyeliaan operasi surat menyurat seluruh Kampus Induk termasuk perkhidmatan mesin franking.

  5. Pengurusan Ruang Penempatan Sementara Staf Akademik (PESA)
    Bertanggungjawab menguruskan penempatan sementara pensyarah-pensyarah di Kampus Induk dengan menyediakan ruang pejabat iaitu di Kabin A, B, C, D dan Kompleks L10.

  6. Pengurusan Bilik Arkib dan Bilik Fail Polisi di bawah bidang kuasa Pendaftar
    Bertanggungjawab mengurus dan memantau serta inventori Bilik Arkib dan fail polis Jabatan Pendaftar.

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718