ALUAN

Salam hormat dan salam sejahtera,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web Pejabat Pendaftar, Universiti Sains Malaysia. Laman Web Pejabat Pendaftar diwujudkan khusus bagi memudahkan penyampaian maklumat dengan cepat, tepat dan berintegriti mengenai fungsi dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Pejabat Pendaftar bagi rujukan umum semua pihak.

Pejabat Pendaftar terdiri daripada 5 komponen utama iaitu :

  1. UNIT KAJIAN DASAR & PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
  2. UNIT PENTADBIRAN DAN GOVERNAN
  3. UNIT PERKHIDMATAN KEMUDAHAN PUSAT
    -  PERKHIDMATAN KENDERAAN
    PERKHIDMATAN MEL SENTRAL
  4. BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT & ICT

Berfungsi sebagai nadi utama bagi mengendalikan segala urusan yang berkaitan pengurusan dasar, pelan strategik, urus tadbir dan penyediaan perkhidmatan kemudahan pusat. Dalam menyahut seruan kerajaan agar universiti juga adalah sealiran dengan program transformasi yang sedang dijalankan, Pejabat Pendaftar juga berperanan dalam memastikan pentadbiran dan pengurusan universiti dilaksanakan dengan cekap dan berkesan seiring dengan Misi dan Visi Universiti.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan bertungkus lumus dalam menyediakan maklumat yang terkini untuk dimasukkan ke dalam Laman Web Pejabat Pendaftar ini. Insya-Allah dari semasa ke semasa, Pejabat Pendaftar akan terus berusaha mengemaskini semua maklumat supaya semua pihak dapat memperolehi maklumat yang terkini.

Sekian, terima kasih.

PENDAFTAR

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718