PELAN STRATEGIK

Pengurusan strategik merupakan satu proses berterusan yang boleh digunakan untuk menyediakan hala tuju organisasi yang jelas dan boleh dicapai. Bagi memenuhi hasrat tersebut kita perlu membangunkan pelan strategik yang komprehensif.

Pengurusan strategik yang berkesan bermula dari pembangunan dan penyediaan pelan strategik yang baik. Ia juga merupakan komponen terpenting dalam usaha merangka dan merancang dasar, menentukan program dan tindakan bagi mencapai matlamat agensi dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian agenda perkhidmatan awam dan negara.

Pelan strategik mempunyai lima komponen utama yang melibatkan:

i.   menetapkan hala tuju;
ii.  mempunyai matlamat jangka panjang;
iii. mengambil kira faktor dalaman dan luaran;
iv. menentu dan melaksana strategi;
v.  menentu dan mengukur pencapaian

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718