• Home
  • Berita & Hebahan
  • Hebahan & Pekeliling
  • HEBAHAN UMUM : PELANJUTAN IKLAN BAGI JAWATAN PENYANDANG KURSI INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

HEBAHAN UMUM : PELANJUTAN IKLAN BAGI JAWATAN PENYANDANG KURSI INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BTG MTTRN 2

Tarikh : 10 Julai 2024
 
YBhg. Dato'/Profesor/Tuan/Puan
 
PELANJUTAN IKLAN BAGI JAWATAN PENYANDANG KURSI INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
 
Dengan hormatnya surat kami bilangan 100-BPD(PT.2/1) bertarikh 30 April 2024 dan emel saya bertarikh hari yang sama adalah dirujuk.
 
2.       Dimaklumkan bahawa Iklan Jawatan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan dilanjutkan sehingga 15 Julai 2024.  Oleh itu, pihak kami memohon kerjasama YBhg. Dato'/Profesor/Tuan/Puan untuk membuat hebahan pelanjutan iklan jawatan ini kepada staf di Universiti masing-masing. 
 
3.         Kepada staf yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi permohonan jawatan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM boleh menghantarkan permohonan di alamat berikut :
 
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
 
4.        Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, YBhg. Dato'/Profesor/Tuan/Puan boleh menghubungi :
 
Puan Rizadora Muhamad Arsad
Ketua Timbalan Pendaftar
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
atau e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Julai 2024.
 
5.         Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato'/Profesor/Tuan/Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
اوسها، تقوى، مليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
 
(HAJI MUHAMAD NIZAM BIN NOORDIN, MMIHRM)
Pendaftar
Pejabat Pendaftar
Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718