Skip to main content

PROGRAM KELESTARIAN


    • PENGANJUR

      Program Kelestarian ini merupakan program anjuran Bahagian Kelestarian Kampus di bawah naungan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi (TNC JIM&KI).  Program ini menekankan konsep Pejabat Hijau dan juga 17 Matlamat Pembangunan Lestari.

    • MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI

      Dalam program ini, kita juga dikehendaki untuk menerapkan 17 Matlamat Pembangunan Lestari yang telah diperkenalkan pada tahun 2015 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). SDGs adalah rangka tindakan untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan lestari untuk semua.

    • KONSEP PEJABAT HIJAU

      Konsep pejabat hijau ialah pendekatan lestari dan mesra alam. Ia melibatkan pelaksanaan amalan dan dasar yang mengurangkan kesan alam sekitar dalam amalan dan penggunaan seharian di pejabat. Konsep pejabat hijau perlu diterapkan dalam amalan seharian untuk mengurangkan jejak karbon dan menggalakkan kelestarian. Ia boleh membawa kepada penjimatan kos melalui pengurangan penggunaan tenaga dan kos pelupusan bahan buangan, serta peningkatan semangat dan produktiviti staf.

      Terbahagi kepada 5 komponen utama iaitu :

      1. Perolehan Hijau
      2. Pengurusan Sisa
      3. Kecekapan Sumber
      4. Kesihatan & Keselamatan
      5. Penglibatan Staf & Komuniti

    KOMPONEN PEJABAT HIJAU

    Untuk program kelestarian ini, kita harus mengamalkan 5 komponen utama di bawah dalam merealisasikan Pejabat Hijau.


    RUJUKAN

    Ke Atas