AKTIVITI PELUPUSAN SISA PEPEJAL JABATAN PENDAFTAR
SEBELUM AKTIVITI DILAKSANAKAN
Hebahan Aturcara Program
Satu aktiviti pelupusan sisa pepejal peringkat Jabatan Pendaftar akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 24 Mei 2024, Jumaat
Masa: 9.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat: Bangunan Canselori
Pakaian: Pakaian sukan
Agenda Aktiviti:
9.30 PAGI
Berkumpul di belakang Bangunan Canselori (sebelah Sistem Penyaman Udara Berpusat) untuk taklimat ringkas oleh JK Pelupusan Sisa berkaitan aktiviti yang akan dilaksanakan.
9.35 PAGI HINGGA 11.30 PAGI
Aktiviti dijalankan mengikut pejabat masing-masing.
11.30 PAGI HINGGA 12 TENGAH HARI
Aktiviti selesai dan jamuan ringan di Bilik Jamuan DPU.
Semua staf Jabatan Pendaftar dijemput hadir dan mengambil bahagian dalam aktiviti ini.
SEMASA AKTIVITI DILAKSANAKAN
Aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan dengan sokongan dan kerjasama hampir semua warga staf Jabatan Pendaftar. Kesemua bahan sisa pepejal adalah seperti perabot dan barangan yang telah rosak telah dimuatkan dalam 2 pusingan lori roro (muatan 3 tan/selori). Aktiviti ini juga akan sentiasa diteruskan pada masa akan datang.
GALERI FOTO
GALERI VIDEO
Pautan Pantas
Hubungi Kami
Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718