• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • 21 STAF USM DITAULIAH SEBAGAI RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM USM

21 STAF USM DITAULIAH SEBAGAI RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM USM

USM PULAU PINANG, 1 Sept 2022 – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyerahkan Sijil Perakuan Pengiktirafan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan mentauliahkan 21 orang staf Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Rakan AKRAB di sini 29 Ogos yang lalu.

20220901 01

Kesemua staf berkenaan terdiri daripada empat (4) orang ahli akademik, seorang pegawai perubatan, lapan (8) orang dari kumpulan pengurusan & profesional dan lapan (8) orang pelaksana dari Kampus Induk, Kejuruteraan dan Kesihatan USM.

Majlis Pentauliahan AKRAB anjuran Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dilaksanakan setelah keseluruhan 21 staf yang berkenaan berjaya menyempurnakan kesemua syarat yang ditetapkan JPA bagi melayakkan mereka ditauliah sebagai Ahli AKRAB USM.

Hal ini bertepatan dengan konsep AKRAB iaitu rakan membantu rakan berteraskan asas kaunseling dan kemahiran membimbing dengan perkongsian input pengetahuan, nilai-nilai murni pada diri ahli AKRAB, rakan sekerja di organisasi serta masyarakat yang pelbagai.

Penaung AKRAB USM, Dato’ Dr. Musa Ali hadir menyerahkan sijil perakuan pengiktirafan tersebut di samping menyampaikan amanatnya kepada semua ahli AKRAB USM.

Beliau berkata, ahli AKRAB USM amat diperlukan dalam membantu tiga kategori staf dalam Universiti iaitu yang berprestasi amat rendah (exit policy), rendah dan sederhana serta staf kategori cemerlang.

“Kita amat mengharapkan ahli AKRAB dapat membantu setiap kategori staf yang dinyatakan namun penekanan dan tumpuan harus diberikan untuk membantu meningkatkan prestasi serta motivasi rakan sekerja dari kategori prestasi rendah dan sederhana,” kata beliau.

Tambah beliau, hal ini kerana golongan staf sebegini berada dalam kelompok pertengahan dan boleh dibangunkan prestasi menjadi cemerlang atau sebaliknya.

Sementera itu, salah seorang ahli AKRAB USM, Ahmad Rizwan Zulkharnain merangkap Presiden Kesatuan Kakitangan Awam (Pelaksana) menyatakan keterujaannya sebagai Ahli AKRAB.

Beliau berkata, “Harapan kami sebagai AKRAB USM amat besar untuk membantu rakan-rakan sekerja dalam meningkatkan momentum dan prestasi sedia ada di samping memajukan Universiti tercinta. Kami akan mencuba memberikan sumbangan yang terbaik untuk semua.”

Teks: Nur Amirah Asyikin Hasmizar (Pegawai Psikologi, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar)/Suntingan: Marziana Mohamed Alias/Foto: Noor Amalina Abdul Ghani

 

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Tuesday 12 November 2024.