USM TERIMA KUNJUNGAN AKEPT DAN SLUA

20220725 0125 JULAI 2022 - Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima kunjungan daripada Pusat Pembangunan Kepimpinan, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan wakil Universiti Awam (UA) bagi program Sesi Libat Urus Akept dan Unit Latihan Universiti Awam (SLUA) Siri 4, hari ini bertempat di Dewan Persidangan Universiti, USM. 

Program ini diselaraskan oleh Universiti Awam (SLUA) Siri 4, program bersama Pusat Transformasi Insan (PTI) USM dan Kluster Kepimpinan USM dengan berfokuskan kepada sesi perkongsian antara UA dan AKEPT berkenaan program-program kepimpinan dan pembangunan bakat yang dibangunkan oleh UA. 

Pendaftar USM, Dato’ Dr. Musa Hj. Ali memberikan latihan dalam sesi Perkongsian Pembangunan dan Pelaksanaan Kerangka Kompetensi di USM, bersama wakil AKEPT dan wakil UA. 

Turut hadir ke program adalah Timbalan Pengarah AKEPT, Profesor Madya Dr. Azila Ahmad Sarkawi; Ketua Kluster Kepimpinan USM, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein dan Pengarah PTI USM, Encik Roslan Ismail.

Sumber : FB Universiti Sains Malaysia

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718