USM FC RAIH NAIB JUARA DAN TEMPAT KETIGA KARNIVAL BOLA SEPAK 9 SEBELAH FAP
PULAU PINANG, 29 Mac 2022 – Pasukan bola sepak Universiti Sains Malaysia (USM), USM FC berjaya menjadi naib juara kategori veteran dalam Karnival Bola Sepak 9 Sebelah (9-A-Side) yang diadakan sempena Sambutan 100 Tahun Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).
Karnival yang diadakan di Padang A dan A1 Kampus Induk USM selama 2 hari pada 26 dan 27 Mac lalu turut menyaksikan satu lagi pasukan USM FC yang bertanding dalam kategori senior terbuka meraih tempat ketiga.
Pertandingan itu disertai 20 kelab yang bergabung dengan FAP, dengan 20 pasukan menyertai kategori senior terbuka manakala 16 pasukan menyertai kategori veteran.
Bagi kategori senior terbuka, juara dimenangi pasukan Kelab Bukit Gelugor FC manakala naib juara dimenangi MUFC dan diikuti USM FC dan Kelab Sungai Gelugor FC ditempat ketiga.
Bukit Gelugor FC turut memonopoli kategori veteran apabila menjadi juara diikuti USM FC sebagai naib juara dan BAFC serta Daerah Seberang Perai Utara di tempat ketiga.
Pasukan senior USM FC - tempat ketiga
Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan turut hadir bagi memberikan sokongan di perlawanan membabitkan USM FC dengan MUFC.
Hadiah bagi kategori senior terbuka disampaikan Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang, Soon Lip Chee; Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Pulau Pinang, Harry Chai dan Presiden FAP, Mohd Azizuddin Bin Mohd Shariff.
Bagi kategori veteran pula, hadiah disampaikan penaja karnival, Dato’ Sri Chew Suen Wei; wakil Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Hussin Dris dan Mohd Azizuddin.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon turut hadir dan sempat beramah mesra dengan pemain-pemain yang menyertai karnival itu.
Pasukan veteran USM FC - naib juara
Teks: Mohamad Hafiz Asyraf Mohd Arop/Foto: Shahnizam Ab Rahim