TINJAUAN AWAL PPBNC USM LOKASI BANJIR BALING

20220705 01

5 Julai 2022 - Negara dikejutkan dengan musibah banjir melanda di Baling Kedah dan lebih 200 keluarga terkesan. USM sentiasa cakna dan bersedia membantu terutamanya staf dan pelajar serta komuniti setempat. Justeru itu satu tinjauan dan sumbangan awal diberi berbentuk kit kendiri,pelitup muka dan sarung tangan sebagai langkah pencegahan awal jangkitan semasa menghadapi bencana sementara Pasukan Sukarelawan USM menyusul memberikan bantuan pembersihan dan kesihatan.

Wakil USM dari Pusat Pengurusan Bencana Nerve Centre tiba seawal pagi bagi mendapatkan lokaliti awal kawasan dan keberadaan warga usm disamping mendapatkan maklumat awal sebelum operasi.

Banjir ini turut dikaitkan dengan limpahan air yang mendadak sehingga empangan pecah kata penduduk di Kg Sadek.

Antara kawasan terjejas ialah Taman Mesra,Kg Sadek dan Kampung Bendang Padang, Kampung Padang Ampang, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Pisang, Kampung Kitang, Kampung Tanjung, Kampung Lata Celak dan Kampung Badak Ampang,Kampung Iboi.

20220705 08

Buat masa ini Kg Iboi antara kawasan paling teruk terjejas sehingga menyebabkan kematian dan jalan ditutup yang dikawal pihak polis bagi kemasukan orang luar.

Tuan Salman
PPBNC USM

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718