• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • TAKLIMAT KEMAJUAN KERJAYA & PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT SECARA ONE-OFF

TAKLIMAT KEMAJUAN KERJAYA & PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT SECARA ONE-OFF

20250328 04

24 Mac 2025, Isnin - Bahagian Sumber Manusia (BSM) telah mengadakan Taklimat Kemajuan Kerjaya & Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Secara One-off kepada Pegawai Pentadbiran dan Guru Bahasa (Kumpulan Pengurusan & Profesional) pada 24 Mac 2025 (Isnin), jam 11.30 pagi di Dewan Persidangan Universiti, Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia (USM).

Taklimat ini juga diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Webex yang telah dihadiri oleh staf Kampus Induk serta staf di semua kampus cawangan.

20250328 00

Taklimat disampaikan oleh Puan Sarina Razak, Timbalan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia yang menjalankan Fungsi Ketua Pentadbiran BSM, bertujuan untuk memberi penerangan kepada pegawai pentadbiran dan guru bahasa berkaitan proses kemajuan kerjaya dan pelaksanaan kenaikan pangkat secara one-off di USM.

20250328 03

Taklimat ini turut dihadiri oleh YBrs. En. Mohd Azizudin Mohd Shariff, Pendaftar USM. Beliau turut memberikan rumusan berkaitan taklimat yang diadakan.

Staf yang hadir turut diberi peluang untuk mengemukakan soalan berkaitan taklimat yang telah diadakan. Lanjutan taklimat ini, kaunter khas pertanyaan kenaikan pangkat secara one-off telah dibuka pada 25 Mac 2025 (Selasa) melibatkan Jabatan Pendaftar di semua kampus.

Sumber : FB Bahagian Sumber Manusia USM
Pautan : https://www.facebook.com/bsmusm

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Wednesday 14 May 2025.