SIRAP LIMAU AIS CETUS FENOMENA TERKINI BIDANG PENTADBIRAN

USM PULAU PINANG, 30 Mac 2022 - Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Musa Hj Ali telah mengabadikan pengalamannya selama lebih tiga dekad melalui Buku penulisannya yang mengumpulkan kisah-kisah seperti memberi pengajaran, ilmu dan nasihat buat teman-teman, rakan seperjuangan, anak-anak generasi muda, dan pembaca amnya. 

20220331 05

Bertajuk Sirap Limau Ais : Memoir Seorang Pentadbir, buku ini telah dilancarkan dengan jayanya oleh Tuanku Canselor USM, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al- Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika Majlis Anugerah Sanggar Sanjung (MASS) 2020 yang berlangsung kelmarin di MESS Pegawai Kanan PDRM, Kangar.

Antara yang menarik, penulis berkongsi bagaimana sebuah pusat latihan yang diberi nama Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam atau PIPPA, berkembang daripada sebuah pusat kerdil yang tidak dikenali sehingga berjaya menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi antarabangsa di Amerika Syarikat, Jepun dan benua Eropah.

20220331 06

Melalui buku Sirap Limau Ais ini, penulis juga berkongsi detik-detik terkesan yang pernah dilalui dalam kehidupan kerjaya sebagai seorang pegawai tadbir di universiti, dan bagaimana pengalaman ini mendorong beliau untuk terus meneroka potensi kurniaan Allah.

Buku yang menghimpunkan coretan pengalaman Dr. Musa Ali sepanjang berkhidmat di USM dari sisi kerjaya, keluarga dan peribadi ini boleh didapati secara walk-in di Kedai Buku EMDASH USM dengan diskaun 20% ataupun secara dalam talian di aplikasi Lazada, Shopee, Prestomall, PG Mall, atau emdash.my dengan harga RM35.

20220331 07

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung adalah Perasmian Ulang Tahun Penerbit USM ke-50 yang turut dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor USM.

Turut berangkat ke majlis ini adalah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid; Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Rustam dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira Hajah Asmah Abdul Rahman; Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis dan isteri Yang Amat Berbahagia Datin Seri Nor Aswana Binti Omar; Yang Berhormat Datuk Muhammad Jailani Khamis, EXCO Pelancongan, Kebudayaan, dan Warisan Melaka mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka; Yang Berhormat Dato’ Haji Hamdan Bahari, Speaker, Dewan Undangan Negeri Perlis dan isteri Yang Berbahagia Datin Hajah Hasmah Binti Mustafa; Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Mustafa Mansur Pro-Canselor, Universiti Sains Malaysia; Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ M. Jegathesan Pro-Canselor, Universiti Sains Malaysia; Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Zulkefli A. Hassan Pro-Canselor, Universiti Sains Malaysia dan isteri Yang Berbahagia Puan Sri Datin Noridah Nachara Hamat; Yang Berbahagia Datuk Dr. Awang Adek Bin Hussin Pengerusi Lembaga Gabenor USM; Yang Berbahagia Profesor Dato. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia dan isteri Yang Berbahagia Datin Mazarisusanty Ibrahim; dan delegasi daripada USM, kerajaan negeri Perlis dan Melaka.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Mohd Fairus Md Isa

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Friday 22 November 2024.