• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • SIDANG MEDIA MENGENAI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KE USM BAGI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2022/2023

SIDANG MEDIA MENGENAI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KE USM BAGI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2022/2023

SIDANG MEDIA

MENGENAI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KE USM

BAGI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA

SIDANG AKADEMIK 2022/2023

Sabtu, 8 Oktober 2022, 9.30 pagi, Dewan Utama Pelajar ‘C’

Universiti Sains Malaysia

Dipengerusikan oleh:

  • Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat (Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa yang turut menjalankan fungsi Naib Canselor USM); dengan kehadiran bersama 
  • Profesor Dr. Azlinda Azman (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni);
  • Tn. Hj. Ramli Osman (Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Akademik).

20221010 01

Sejumlah 4,283 calon dari lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma/ Setaraf telah menerima tawaran bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda (Penuh Masa) dan Diploma di Universiti Sains Malaysia (USM) bagi kesemua saluran kemasukan pada Sidang Akademik 2022/2023.

Pecahan ambilan pelajar mengikut kampus adalah seperti berikut :-

Kampus Lelaki Perempuan Jumlah
Induk 893 2,033 2,926
Kejuruteraan 420 352 772
Kesihatan 115 470 585
Jumlah Keseluruhan 1,428 2,855 4,283

Seramai 3,916 calon daripada puluhan ribu yang memohon program Ijazah Sarjana Muda (Penuh Masa) melalui sistem UPU (Saluran Perdana) berjaya mendapat tempat dan ditawarkan di USM dan seramai 3,622 calon yang telah menerima tawaran bagi mengikuti program pengajian bagi tahun 2022. Manakala seramai 54 calon adalah calon bagi saluran USM KLE/INDIA, 66 calon bagi Saluran Diploma Kejururawatan, 144 calon Saluran PRA U-USM dan 31 calon bagi Saluran Alternatif.

Pada tahun 2020, USM telah memperkenalkan mod kemasukan baharu iaitu USM+1 di bawah Saluran Alternatif. Pengambilan pelajar di bawah saluran ini adalah berdasarkan Full Paying Fees bagi memberi peluang kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang tetapi tidak mendapat tawaran program yang diminati melalui permohonan UPU untuk melanjutkan pengajian yang menjadi pilihan di USM. Seramai 97 orang pelajar telah ditawarkan melalui mod kemasukan USM+1.

20221010 02

USM juga turut mengambil perhatian terhadap agenda University Social Responsibility (USR) yang mana Universiti ini terus mengekalkan konsep pengambilan Bottom Billion turut memberi ruang dan peluang kepada calon pelajar daripada golongan tercicir dan golongan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di USM. Seramai 1,623 calon dari kelompok ini telah terpilih melalui pengambilan di bawah sistem UPU. Bagi membantu meringankan beban pelajar kategori ini, USM akan bersedia memberi bantuan sewajarnya kepada mereka.

USM turut prihatin dan memberi peluang kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk merealisasikan cita-cita menggenggam ijazah USM dengan memberi perhatian khusus dalam pemilihan OKU, yang mana 11 calon telah ditawarkan bagi mengikuti pengajian di USM dan telah menerima tawaran untuk kemasukan Sidang Akademik 2022/2023. Pelajar bakal menikmati kemudahan kelas pertama di Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan (ADFH) yang dikhususkan untuk mereka. Pelbagai kemudahan kepada mereka seperti tandas mesra pelajar, platform kerusi roda dan parkir kenderaan yang dekat dengan bilik disediakan untuk pelajar ini.

Bagi memperkasakan sukan negara, USM juga telah mengenal pasti 7 pelajar atlet yang mewakili negeri dan negara daripada pelbagai jenis bidang sukan untuk mengikuti program pengajian di sini. Ini adalah usaha USM bagi melahirkan graduan holistik yang mampu merealisasikan agenda dan wawasan nasional.

USM juga telah menawarkan kemasukan bagi saluran warga emas, yang mana 2 calon warga emas telah ditawarkan bagi mengikuti progam Ijazah Sarjana Muda di USM pada sidang ini.

20221010 03

USM turut mendapat perhatian 305 calon antarabangsa dari 25 buah negara yang ditawarkan bagi menyambung pengajian di USM. Antara negara tersebut adalah China, Indonesia, India, Bangladesh, Saudi Arabia, Sudan, Pakistan, Egypt, Syria, United States Of America, Yemen, Nigeria, Brunei Darussalam, Thailand, Iran, Somalia, Iraq, Libya, Zimbabwe, Venezuela, Lebanon, Ecuador, Canada, Philippines, United Arab Emirates.

Top countries : (1.) China: 213 pelajar (2.) Indonesia: 24 (3.) India: 19

Unique Countries: Ecuador, Zimbabwe, Venezuela. Ini pertama kali USM menerima pelajar dari ketiga-tiga negara tersebut.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Hotline: 1 300 888 876 Talian Am: 04-6533196 Faks: 04-6533328

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman web: https://pohon.usm.my

Disediakan oleh: Siti Hajar Bahar, Penolong Pendaftar, Pusat Pembangunan Bakat, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni

Disemak oleh: Unit Pengambilan Pelajar & Pusat Media dan Perhubungan Awam

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718