Pusat Transformasi Insan (PTI), Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan telah menganjurkan Sesi Townhall Dasar Baharu Pengumpulan Mata CPD (2026) pada 23 Februari 2026 (Isnin) bertempat di Dewan Peperiksaan, Kompleks Pentadbiran Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.
Majlis dimulakan dengan pembentangan oleh Puan Nurul Izzati binti Rozali, Pengarah, Pusat Transformasi Insan (PTI). Pembentangan beliau memberi fokus kepada penetapan struktur dan keperluan mata CPD 2026, mekanisme pemantauan melalui sistem MYCPD, penjajaran pelaksanaan dengan KPI dan tadbir urus organisasi.
Majlis berlangsung selama 2 jam setengah dengan jumlah keseluruhan peserta seramai 2,533 orang merangkumi penyertaan secara bersemuka dan dalam talian.
Sesi diteruskan dengan dialog dua hala bersama para hadirin yang hadir secara fizikal serta peserta dalam talian serta membuka ruang interaksi terbuka, telus dan profesional.
Dalam sesi dialog tersebut, Encik Mohd Azizudin bin Mohd Shariff, Pendaftar Universiti Sains Malaysia, telah memberikan penegasan kepimpinan serta hala tuju institusi bagi memastikan pelaksanaan MYCPD 2026 berjalan secara adil, sistematik dan berakauntabiliti tinggi.
Turut hadir dalam sesi ini ialah wakil Kesatuan Kakitangan Am, mencerminkan pendekatan inklusif universiti dalam memastikan suara pelbagai lapisan staf didengari dan diambil kira dalam pelaksanaan dasar pembangunan kompetensi.
Sumber : FB Pusat Transformasi Insan
Pautan Pantas
Hubungi Kami
Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718