SEJIWA 2023: MEMPROMOSIKAN KESEJAHTERAAN MENTAL MELALUI SENI EKSPRESIF DI USM
USM PULAU PINANG, 31 Oktober 2023 - Bagi meraikan dan mempromosikan perkhidmatan kaunseling di seluruh Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar USM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) USM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Seni Ekspresif Jiwa 2023 (SEJIWA) bersempena dengan Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan yang mana tema terasnya ialah “Minda Madani, Masyarakat Harmoni”.
Berlangsung di Dewan Budaya USM, SEJIWA merupakan sebuah program kesedaran kesejahteraan mental di USM melalui aktiviti ekspresi seni bagi lima kategori pertandingan iaitu pidato, nyanyian, pantun, video pendek dan deklamasi puisi.
Bertemakan “Mental Sejahtera, Warga Bahagia”, program ini melibatkan penyertaan daripada pelajar & staf USM yang mana usaha pelaksanaan program bervariasi baharu ini adalah seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesejahteraan mental dan peranan perkhidmatan kaunseling yang dapat diperluaskan bukan sahaja kepada warga USM malah kepada orang awam.
Hadir bagi merasmikan program penutup adalah Timbalan Pendaftar Kanan BSM Jabatan Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff.
Mohd Azizudin dalam ucapannya berkata, peka akan peningkatan krisis kehidupan masa kini, USM melalui pegawai-pegawai Psikologi telah mengambil beberapa inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan psikologi khususnya dalam kalangan warga staf dan para pelajar USM.
“Pihak USM sentiasa mengiktiraf peranan kaunselor berdaftar dalam memberikan perkhidmatan kaunseling profesional, membudayakan perkhidmatan kaunseling, meningkatkan aksesibiliti perkhidmatan sekali gus mempromosikan perkhidmatan kaunseling dan profesion kaunselor sebagai ejen kesejahteraan warga USM secara khusus dan masyarakat amnya,” kata Mohd Azizudin.
Sementara itu, Pegawai Psikologi BSM merangkap Pengarah Projek SEJIWA USM 2023, Muhammad Firdaus Abu Mansor dalam ucapannya berkata, selaku kaunselor, adalah tanggungjawab kita untuk membantu insan-insan yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang mengalami masalah duka dari dalam.
“Program SEJIWA ini mungkin terpancar hiburan semata pada mata-mata insan tidak berjiwa, tetapi pada hakikatnya SEJIWA berombak kepekaan dan keprihatinan terhadap kesejahteraan mental warga USM dengan sedikit warna yang berbeza,” katanya.
Turut diselitkan dalam majlis penutupan perasmian adalah pelancaran Program Minda Sejahtera (ProMise) dan Buku Panduan AKRAB.
Pelbagai program merangkumi platform fizikal dan maya untuk meningkatkan kesedaran warga USM dan sejagat telah dianjurkan pada bulan ini seperti Wacana Kaunseling dan Kesejahteraan Psikologi (WaKEP) USM 2023, SEJIWA Voice peringkat saringan dan sebagainya.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi pertandingan sepanjang Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat USM 2023 yang diumumkan dalam majlis yang sama:
Kategori Staf
e-Pertandingan Mendeklamasi Puisi Kesejahteraan Mental
- Johan – Siti Hasnah Zainal Abidin
- Naib Johan – Erman Kamal Mustafa Kamal
e-Pertandingan Video Pendek Media Kreatif
- Johan – Muhammad Ammin Rozaini
- Naib Johan – Siti Hasnah Zainal Abidin
- Tempat Ketiga – Khairul Nisa’ Baharun
- Tempat Keempat – Erman Kamal Mustafa Kamal
- Tempat Kelima – Norazizah Rusli
e-Pertandingan Mencipta Pantun Kesejahteraan Mental
- Johan – Norhayati Zainol Abidin
- Naib Johan – Siti Nor Aishah Abdul Rashid
- Tempat Ketiga – Mohamad Syukran Abdul Rahman;
- Tempat Keempat – Nurmahfuzah Malek
- Tempat Kelima – Salwani Jaafar
SEJIWA Voice
- Johan – Jumizah Samsudin
- Naib Johan – Ramzanee Ramli
- Tempat Ketiga – Nur Ilanee Mohd Nasir
- Tempat Keempat – Dr. Mohd Khaidir Abdul Wahab
- Tempat Kelima – Siti Aishah Meor Zul Kefli’auni
Kategori Pelajar
e-Pertandingan Mendeklamasi Puisi Kesejahteraan Mental
- Johan – Nur Husnina Rumizan
- Naib Johan – Nurul Alya Farisya Zainurul Nizam
- Tempat Ketiga – Cao Cong
e-Pertandingan Video Pendek Media Kreatif
- Johan – Nur Asyiqin Mad Said
- Naib Johan – Muhammad Aliff Hakimi Mohd Khairul Annuar
- Tempat Ketiga – Yusyafiqah Muhamad Yazam
- Tempat Keempat – Amerruddin Shah Suboh
e-Pertandingan Mencipta Pantun Kesejahteraan Mental
- Johan – Syuhaira Afiah Azhar
- Naib Johan – Fazrizal Azrizam Mohamed Lutfie
- Tempat Ketiga – Fatin Nur Farhana Solahuddin
- Tempat Keempat – Raihana Mohd Razif
- Tempat Kelima – Latifah Atirah Mohamad Redzuan
Pertandingan Pidato Kesedaran Kesejahteraan Mental Piala Pendaftar USM
- Johan – Muhammad Nor Azlan Yusof
- Naib Johan – Nur Najihah Zamri
- Tempat Ketiga – Amerruddin Shah Suboh
SEJIWA VOICE
- Johan – Siti Azlina Mohamad
- Naib Johan – Farizzul Aiman Mohd Jalil
- Tempat Ketiga – Mohd Affan Mohd Rosli
- Tempat Keempat – Muhammad Ammar Yasir Mohamad Zaini
- Tempat Kelima – Siti Norbalqis Nasuha
Pihak USM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta yang bertanding dan semoga kejayaan yang diperoleh dapat menjadi inspirasi buat semua untuk terus mengutamakan kesejahteraan mental dalam kehidupan harian. Semoga usaha ini dapat menjadi pencetus untuk lebih banyak inisiatif yang membawa manfaat kepada komuniti di sekitar.
Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/ Foto: Shahnizam Ab Rahim