• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • SAMBUTAN BULAN HRMIS 2022 PERINGKAT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - MAT DATA: KEMASKINI DATA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA

SAMBUTAN BULAN HRMIS 2022 PERINGKAT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - MAT DATA: KEMASKINI DATA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA

20220727 03

Bahagian Sumber Manusia (BSM) Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Sambutan Bulan HRMIS 2022 Peringkat USM hari ini.

Perasmian sambutan dilaksanakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan turut bersama ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni), Profesor Dr. Azlinda Azman; Timbalan Naib Canselor (Kelestarian & Pembangunan Institusi) Profesor Dr. Md Roslan Hashim; Pendaftar USM, Dato’ Dr. Musa Ali; dan Penolong Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia, Supt. Rozeni Ismail.

20220727 04

Sambutan ini merupakan sebahagian dari usaha USM untuk sentiasa menerapkan budaya ketepatan data dalam kalangan warga USM sejajar dengan tema sambutan peringkat kebangsaan pada tahun ini iaitu #KetepatanDataAspirasiKita.

Terdapat pelbagai sesi perkongsian dan sesi dialog yang akan diadakan dan perkhidmatan kaunter e-pelanggan (secara Webex) juga dibuka untuk memudahkan staf membuat sebarang pertanyaan mengenai pengemaskinian rekod peribadi dalam sistem HRMIS.

20220727 01

20220727 05

Sempena Sambutan Bulan HRMIS ini, Kaunter Perkhidmatan e-Pelanggan HRMIS dibuka pada hari kejadian, dan merupakan platform untuk memaksimumkan penyampaian perkhidmatan dan memberi peluang kepada pelanggan untuk mengemukakan pandangan, pertanyaan atau cadangan mengenai HRMIS.

#usm #welead #hrmis #matdata
Sumber : FB Universiti Sains Malaysia

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718