• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • PROGRAM USM+1 BUKA PELUANG KEPADA YANG TIDAK TERPILIH IKUTI PENGAJIAN MELALUI UPU

PROGRAM USM+1 BUKA PELUANG KEPADA YANG TIDAK TERPILIH IKUTI PENGAJIAN MELALUI UPU

20220926 01

USM PULAU PINANG, 26 Sept. 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) membuka peluang kepada calon yang tidak terpilih mengikuti pengajian sepenuh masa melalui UPU.

Pengambilan pelajar baharu melalui corak kemasukan USM+1 adalah saluran khas kemasukan pelajar bagi memberi peluang kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda.

Melalui saluran ini, 48 program pengajian dari pelbagai bidang ditawarkan kepada pemohon yang berminat mengikuti pengajian sesi kemasukan April dan Oktober 2022.

Program yang ditawarkan melalui USM+1 ialah program yang dilaksanakan secara "full fees" atau yuran penuh tanpa subsidi. Pemohon perlu memahami terma dan syarat kemasukan serta caj yuran pengajian yang dikenakan sebelum mengemukakan permohonan.

USM+1 menawarkan 48 program pengajian: https://pohon.usm.my/t_t20.php

Yuran pengajian USM+1 boleh disemak di: https://pohon.usm.my/dokumen/2021_2022/YURAN_USM_1.pdf

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Amirul Asyraf Mohd. Suhaidi, Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Aras 2, Bangunan Canselori USM, 11800 USM Pulau Pinang. Tel: 04-653 2688; Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718