• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • PODCAST TaLKS USM SIRI 1/2026 KUPAS WANITA & KEPIMPINAN: KUASA DAN LEGASI

PODCAST TaLKS USM SIRI 1/2026 KUPAS WANITA & KEPIMPINAN: KUASA DAN LEGASI

15 Mei 2026 - Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Program Podcast Talent Knowledge Sharing (TaLKS) Universiti Sains Malaysia (USM) Siri 1/2026 secara siaran langsung menerusi platform Facebook Live PTi. Ia merupakan merupakan satu inisiatif baharu yang bertujuan untuk perkongsian pengalaman, kepakaran serta amalan terbaik dalam aspek kepimpinan dan budaya kerja cemerlang warga USM. Program ini secara tidak langsung menjadi antara platform pembangunan bakat yang dinamik melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran yang pelbagai.

Siri podcast kali ini mengetengahkan tajuk “Wanita & Kepimpinan: Kuasa & Legasi” yang membincangkan peranan wanita dalam landskap kepimpinan masa kini, cabaran yang dihadapi serta legasi yang mampu dibentuk melalui kepimpinan berwibawa dan berintegriti.

Moderator : Cik Nur Mariyam Musa (Timbalan Pendaftar)
Panel terdiri daripada :
1) Profesor Dato' Gs. Dr. Narimah Samat (Timbalan Naib Canselor)
2) Profesor Dr. Noor Hazlina Ahmad (Dekan PP Pengurusan)
3) Pn. Noor Hayati Mohammad (Timbalan Pendaftar Kanan)

Intipati menarik yang dikupas dan dikongsi bersama adalah merangkumi perkara di bawah :

1) Peranan wanita dalam kepimpinan dan pentadbiran institusi.
2) Cabaran wanita dalam mengimbangi kerjaya, keluarga dan tanggungjawab organisasi.
3) Pengalaman serta perjalanan kerjaya dalam mencapai kedudukan kepimpinan.
4) Kepentingan keyakinan diri, komunikasi dan integriti dalam kepimpinan wanita.
5) Strategi membina pasukan kerja yang efektif dan berprestasi tinggi.

Program ini turut mendapat perhatian 1000 warga universiti serta penonton dalam talian yang mengikuti sesi perkongsian secara langsung melalui platform media sosial PTI.

Penganjuran Podcast TaLKS ini diharapkan dapat menjadi medium ilmu yang berterusan dalam memperkukuh budaya pembelajaran, perkongsian pengetahuan dan pembangunan kompetensi warga universiti.

    Sumber : FB Pusat Transformasi Insan
    Video : https://www.facebook.com/ptiusm/videos/1293389568997838/ 

      Pautan Pantas

      Hubungi Kami

      Jabatan Pendaftar
      Aras 5,
      Bangunan Canselori,
      Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

      Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
      Fax : 604-6581718  |  

      Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
      dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

      Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

      Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

      • Last Modified: Wednesday 22 July 2026.