• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK JALINKAN HUBUNGAN ERAT BPSM (UMS) DAN BSM (USM)

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK JALINKAN HUBUNGAN ERAT BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM) JABATAN PENDAFTAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) DENGAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

USM PULAU PINANG, 2 Mei 2025 – Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar hari ini menerima Lawatan Sambil Belajar (LASBELA) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Delegasi UMS yang dihadiri seramai 16 orang itu terdiri daripada pegawai dan staf pengurusan & pentadbiran yang diketuai oleh Pengarah Pengurusan Sumber Manusia/Timbalan Pendaftar Kanan, Encik Sirahim Abdullah.

Lawatan ke USM selama setengah hari itu bertujuan untuk menjalankan interaksi dua (2) hala di antara BPSM UMS dan BSM USM menerusi perkongsian amalan terbaik (best practices) Universiti berkaitan operasi pengurusan serta perkhidmatan yang disediakan kepada kakitangan dalam usaha menambah baik proses kerja dan pentadbiran BPSM UMS.

Kunjungan mesra dari Universiti Borneo ini juga menjadi platform bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di antara BPSM UMS dan BSM USM.

Timbalan Pendaftar, BSM USM, YBrs. Puan Sarina Razak yang mempengerusikan sesi pertemuan dan kunjungan itu amat mengalu-alukan kedatangan delegasi UMS dan menghargai usaha murni mereka berkunjung bagi menjalankan sesi perkongsian yang baik ini di USM.

Sesi kunjungan dan lawatan itu dimulakan dengan perkongsian tentang struktur organisasi BSM di USM sehinggalah sesi memperkenalkan barisan Ketua Unit BSM dan fungsi di setiap unit masing-masing.

Sesi perkongsian itu juga memberi peluang kepada Encik Sirahim Abdullah, sebagai ketua delagasi dari UMS memperkenal dan menerangkan struktur dan fungsi BPSM di Universiti mereka.

Melalui sesi lawatan yang sama, sesi perkongsian secara direktif dua (2) hala turut dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut unit dan sektor agar perbincangan yang lebih khusus boleh berlangsung dengan jayanya.

Dalam kunjungan tersebut turut menyaksikan sesi pertukaran dan penyerahan cenderamata oleh YBrs.Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff, Pendaftar USM kepada Ketua BPSM UMS dan seterusnya BPSM UMS kepada Pendaftar dan Timbalan Pendaftar BSM.

Pertemuan yang berlangsung selama setengah hari itu berakhir dengan sesi jamuan makan tengahari.

Sumber : FB Bahagian Sumber Manusia USM
Pautan : https://www.facebook.com/bsmusm

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Wednesday 14 May 2025.