• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • PERJUMPAAN PENDAFTAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERSAMA JAWATANKUASA KELAB JASA BUDI USM

PERJUMPAAN PENDAFTAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERSAMA JAWATANKUASA KELAB JASA BUDI USM

23 April 2025, Rabu - Jawatankuasa Kelab Jasa Budi USM telah mengadakan perjumpaan dengan Pendaftar Universiti Sains Malaysia, YBrs. Encik Mohd Azizudin bin Mohd Shariff.

20250423 KJB 01

Perjumpaan kali ini telah dihadiri oleh lapan ( 8 ) Ahli Jawatankuasa Kelab Jasa Budi USM termasuk YDP, YBhg. Dato' Azman bin Abdullah, TYDP,Tn Hj Mohd Saad bin Hj Din, Setiausaha, Puan Rohilatifah binti Baharum @ Harun dan ahli Jawatankuasa yang lain. Timbalan Pendaftar BSM, Puan Sarina binti Razak, Pengarah Pusat Sejahtera, YBrs. Dr. Ahmad Zaimi bin Abdul Latiff, Ketua Pentadbiran IPPT, Encik Yusmadi bin Norashid serta Pegawai BSM, Puan Norazreen binti Razak & Encik Muhammad Fariz bin Ahmad Ali dan yang menguruskan kemudahan perubatan, Pengawai Psikologi Kanan, Puan Norazlinda Muda turut dibawa bersama pada perjumpaan kali ini. Perjumpaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat BSM, Aras 4, Bangunan Canselori.

20250423 KJB 02

Antara agenda yang menjadi fokus utama perbincangan adalah kemudahan perubatan kepada para pesara USM dan tanggungan di HPUSM, IPPT dan PPUSMB Bertam serta perkara-perkara yang berkaitan dengan pesara USM dan keahlian pesara Kelab Jasa Budi Kampus Induk serta Kampus Kesihatan.

Diharap agar perjumpaan pada kali ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak kelab dan universiti terutamanya bagi hal kebajikan para pesara USM.

Sumber : FB Bahagian Sumber Manusia USM
Pautan : https://www.facebook.com/bsmusm

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Wednesday 14 May 2025.