PERINGKAT SARINGAN PERTANDINGAN SEJIWA VOICE USM 2025

12 JUN 2025 (KHAMIS) - Bertempat di DEWAN TUANKU SYED PUTRA USM, telah berlangsung Pertandingan SEJiwa Voice Peringkat Saringan yang melibatkan seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada:

  • 7 orang Staf USM
  • 9 orang Pelajar USM
  • 8 orang Staf Agensi Awam Pulau Pinang
  • 3 orang Staf Agensi Swasta Pulau Pinang

Seramai 10 orang Finalis telah terpilih ke Peringkat Akhir pada 17 Oktober 2025 (Jumaat). Nantikan persembahan mereka!

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta pertandingan nyanyian bertemakan Kesejahteraan Mental ini. Kalah menang adalah adat dalam setiap pertandingan, namun keberanian dan semangat anda untuk tampil serta berkongsi mesej positif melalui lagu-lagu yang menyentuh jiwa telah memberikan impak yang sangat besar.

Penyertaan anda bukan sekadar hiburan, tetapi satu bentuk sokongan yang menyemarakkan kesedaran dan pemahaman masyarakat terhadap pentingnya menjaga kesihatan mental. Terima kasih kerana menjadi suara yang menyampaikan harapan, kekuatan dan empati kepada semua yang mendengar.

Sumber teks & foto : FB Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling Staf USM

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Thursday 19 June 2025.