PENGERUSI LGU DAN PENDAFTAR DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN PERLIS

ARAU, PERLIS, 17 Mei 2022 – Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin dan Pendaftar USM, Dato’ Dr. Musa Hj Ali masing-masing dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) yang membawa gelaran Dato' Seri dan Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (D.P.S.J.) yang membawa gelaran Dato’.

Kedua mereka menerima darjah ini sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-79 D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis di Istana Arau hari ini.

20220517 01

Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin mula memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Gabenor USM pada Jun 2020. Beliau juga merupakan Mantan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (2014-2016) dan pernah berkhidmat di USM di awal kariernya (1983-1985) serta meraih ijazah pertamanya di Drew University, New Jersey, Amerika Syarikat dan bagi peringkat sarjana dan doktor falsafah di Wharton School, University of Pennsylvania Philadelphia.

20220517 02

Dato’ Dr. Musa Hj Ali pula dilantik sebagai Pendaftar USM pada Januari 2018. Beliau telah memulakan kerjaya di USM sebagai Penolong Pendaftar di Kampus Kesihatan pada tahun 1990 dan sehingga kini telah berkhidmat hampir 32 tahun dan ditempatkan di pelbagai bahagian dan unit di kampus kesihatan dan induk.

20220517 03

Menurut mereka berdua, mereka amat bersyukur dan menjunjung kasih buat Tuanku Raja Perlis atas kurniaan ini dan menganggap ini merupakan satu penghormatan untuk terus menyumbang bakti buat universiti tercinta ini.

Sementara itu, mantan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Aldrin Abdullah turut menerima Darjah Dato' Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (D.S.P.J.) yang membawa gelaran Dato’.

20220517 04

Bagi beliau, tiada apa yang dapat diungkapkan selain dari rasa bersyukur dengan kurniaan ini serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada USM dan juga menjunjung kasih buat Tuanku.

Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan seluruh warga USM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima-penerima darjah kebesaran dari USM dan berharap mereka akan terus bekerja kuat dan memberi sumbangan kepada USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Poster: Ebrahim Abdul Manan

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718