PENDAFTAR USM KETUAI SUKARELAWAN USM BANTU MANGSA BANJIR BALING

20220706 01

USM PULAU PINANG, 6 Julai 2022 – Pendaftar USM Dato' Dr. Musa Ali turun padang bersama-sama 60 orang sukarelawan pelajar dan 25 orang sukarelawan staf membantu penduduk yang terjejas dengan banjir di beberapa buah kampung di Baling, Kedah.

Mereka mengunjungi rumah 3 orang orang pelajar dan 2 orang staf yang terjejas menjadi mangsa banjir kepala air yang berlaku pada hari Isnin lalu.

Menurut Musa, kunjungan sukarelawan ini sebagai tanda prihatin USM untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dan melihat dari dekat kesan banjir yang berlaku.

"Kita sangat sedih dan bersimpati dengan kemusnahan yang berlaku secara tiba-tiba ini dan kesan yang ditanggung oleh penduduk setempat dengan keadaan rumah yang penuh lumpur dan banyak kerosakan yang dialami," kata Musa.

20220706 05

Hujan lebat yang berlaku di sekitar Baling mulai jam 2 petang hari Isnin menyebabkan limpahan air Sungai Kupang ke beberapa kawasan perkampungan di daerah Baling.

Teks: Mohamad Abdullah

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Tuesday 12 November 2024.