• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • PENCARIAN MENTOR BAGI PROGRAM PEMENTORAN USM TAHUN 2023 ANJURAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR

PENCARIAN MENTOR BAGI PROGRAM PEMENTORAN USM TAHUN 2023 ANJURAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan Pencarian Mentor bagi Program Pementoran USM Tahun 2023.

Program Pementoran dalam Perkhidmatan Awam merupakan program yang membantu mempertingkatkan kecemerlangan diri pegawai merangkumi aspek pembangunan, bimbingan, khidmat nasihat, sokongan dan penambahbaikan kepada pegawai itu sendiri.

Pementoran adalah proses perhubungan bermakna yang dibina antara mentor dan menti di mana mentor dapat berkongsi ilmu, nilai dan pengalaman diri, membantu dalam membuat keputusan dan bertindak berdasarkan idea yang dihasilkan sementara menti dapat mempelajari ilmu, nilai dan pengalaman tersebut serta memindahkannya dalam realiti pekerjaan dan kehidupan.

Tuan/puan yang berminat dijemput untuk menyertai program pencarian ini dengan memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang tertera pada poster di atas. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Februari 2023 (Isnin) sebelum jam 05:00 petang. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Encik Muhammad Firdaus Abu Mansor di samb. 6095 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) & Encik Mohamad Hafiz bin Yusoff di samb. 2588 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.). Laman Pautan Pendaftaran : https://forms.office.com/r/ipW6VGiDBK

Sekian, terima kasih.

Jabatan Pendaftar

BSM 20230202 1

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Tuesday 12 November 2024.