USM PULAU PINANG, 7 Ogos 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) dengan penuh sukacita memaklumkan bahawa Tuanku Canselor USM, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, telah berkenan menetapkan tarikh Upacara Konvokesyen Ke-64 USM seperti berikut:
24 November 2026 (Selasa) hingga 1 Disember 2026 (Selasa) di Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang.
Upacara Konvokesyen Ke-64 ini akan berlangsung dalam empat belas (14) sidang, dengan Sidang Pertama dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Canselor.
Sidang Kedua (S2) hingga Sidang Keempat Belas (S14) pula akan dipengerusikan oleh Pro-Canselor USM iaitu Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, dan Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin.
Lebih 9,000 graduan dari pelbagai peringkat pengajian akan diraikan, meliputi Ijazah Tinggi (Doktor Falsafah dan Sarjana), Ijazah Sarjana Muda serta Diploma Kejururawatan.
Upacara Konvokesyen ini merupakan detik penuh bermakna bagi seluruh warga universiti, khususnya para graduan bersama ibu bapa dan keluarga, sebagai simbol kejayaan serta penghargaan atas usaha dan pengorbanan sepanjang tempoh pengajian.
USM merakamkan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas limpah perkenan DYMM Tuanku Canselor bagi penetapan tarikh konvokesyen ini, serta mengucapkan tahniah kepada semua graduan atas kejayaan yang bakal diraikan pada tahun ini.
Sumber : FB Universiti Sains Malaysia
Pautan Pantas
Hubungi Kami
Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718