• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • MESYUARAT SENAT USM SESI 2026–2029 MULAKAN LANGKAH, PERKUKUH TADBIR URUS AKADEMIK

MESYUARAT SENAT USM SESI 2026–2029 MULAKAN LANGKAH, PERKUKUH TADBIR URUS AKADEMIK

PULAU PINANG, 18 Ogos 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mengadakan Mesyuarat Senat pertama bagi Sesi 2026–2029 yang berlangsung di Dewan Persidangan Universiti (DPU), USM, sekali gus menandakan bermulanya sesi baharu barisan Ahli Senat universiti.

Mesyuarat tersebut diadakan susulan selesainya proses pelantikan Profesor yang dipilih sebagai Ahli Senat bagi Sesi 2026–2029. Antara agenda utama mesyuarat sulung ini ialah proses pencalonan dan pemilihan barisan kepimpinan bagi 12 Jawatankuasa Utama Universiti yang akan memainkan peranan penting dalam mendukung kelancaran tadbir urus serta pengurusan akademik USM.

Pembentukan barisan jawatankuasa berkenaan merupakan antara langkah penting dalam memastikan sistem tadbir urus akademik universiti terus diperkasa, di samping menyokong proses membuat keputusan yang berkesan dan berteraskan kepakaran serta pengalaman para ahli Senat.

Barisan Ahli Senat baharu turut dipertanggungjawabkan untuk bersama-sama menggalas amanah dalam memperkukuh agenda kecemerlangan akademik, pendidikan, penyelidikan, inovasi serta pembangunan universiti bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Komitmen dan kepakaran yang dimiliki oleh setiap Ahli Senat diharapkan dapat terus menyumbang kepada pengukuhan kedudukan USM sebagai sebuah universiti yang unggul, berdaya saing dan berimpak tinggi di peringkat nasional serta antarabangsa.

Selamat menjalankan amanah kepada seluruh Ahli Senat USM bagi Sesi 2026–2029. Semoga kepimpinan, integriti dan komitmen yang diberikan terus membawa USM melangkah lebih jauh dalam menerajui kecemerlangan akademik serta memberikan impak bermakna kepada masyarakat, negara dan dunia.

Sumber : MPRC USM

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Friday 28 August 2026.