• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • MESYUARAT PENYELARASAN AKHIR KONTINJEN USM KE KEJOHANAN SUKUM KALI KE-46 TAHUN 2026

MESYUARAT PENYELARASAN AKHIR KONTINJEN USM KE KEJOHANAN SUKUM KALI KE-46 TAHUN 2026

PULAU PINANG, 28 Julai 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) mengesahkan penyertaannya dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) Kali ke-46 yang bakal berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak, Terengganu dari 6 hingga 15 Ogos depan.

Sebagai persiapan rapi, USM telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Akhir Kontinjen USM ke SUKUM Ke-46 pada Khamis, 23 Julai 2026. Mesyuarat yang bermula jam 10.00 pagi itu diadakan di Bilik Persidangan Canselori (CCR), Aras 6, Canselori USM.

Sesi tersebut dipengerusikan oleh Pendaftar USM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Atlet Universiti (JPAU), Encik Mohd Azizuddin Mohd Shariff. Fokus utama mesyuarat adalah untuk memperkemas gerak kerja, menyelaras aspek pengurusan, serta memantapkan persiapan fizikal dan mental kontinjen menjelang kejohanan tersebut.

Mesyuarat ini turut menyaksikan pelantikan rasmi barisan Pengurus Pasukan bagi setiap acara yang ditandingi. Langkah strategik ini diambil bagi memperkukuh struktur pengurusan dan memastikan segala urusan kebajikan serta teknikal atlet USM berjalan lancar sepanjang temasya sukan itu nanti.

Pihak pengurusan universiti berharap pelantikan baharu ini dapat menyuntik semangat berpasukan yang tinggi, meningkatkan profesionalisme pengurusan, dan seterusnya memacu kontinjen USM melakar kejayaan cemerlang di pentas SUKUM 2026.

Sumber Asal Foto : FB Pusat Sukan Dan Rekreasi USM

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Thursday 30 July 2026.