• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • MAJLIS SANJUNGAN BUDI RAIKAN MANTAN-MANTAN AHLI DAN EX-OFFICIO LGU, USM

MAJLIS SANJUNGAN BUDI RAIKAN MANTAN-MANTAN AHLI DAN EX-OFFICIO LGU, USM

 USM, PULAU PINANG, 22 Jun 2023 - Mantan-mantan ahli dan Ex-Officio Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (LGU USM) telah diraikan di dalam Majlis Sanjungan Budi di atas sumbangan cemerlang dan jasa bakti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di USM.

Majlis tersebut diadakan di Lantai Seni, Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA) di sini.

20230623 01

Yang diraikan ketika majlis mengenang jasa tersebut ialah Shamili Poonmalar Vellapandian, Profesor Dr. Azlinda Azman, Profesor Dato’ Dr. Nor Azazi Zakaria, Kamarul Ariffin Ngah, Noor Aidawati Hussin, Profesor Madya Dr. Mohd Azmir Mohd Nizah dan Mantan Ketua Pustakawan, Mohd Nasir Md Rashid.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi LGU USM, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin dan Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

20230623 02

Azlinda yang kini menjawat jawatan selaku Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) berkata pengalaman beliau sepanjang berkhidmat di USM selaku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (HEPA) dan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan banyak membantu beliau untuk mengembangkan karier di JPT.

“Daripada USM kami dapat menimba peluang untuk mencuba lebih banyak perkara baharu dan bukan sahaja terhad di dalam USM.

“Saya berharap semua yang masih berkhidmat di USM dapat menjaga USM sebaiknya, dan saya amat berterima kasih dan bersyukur atas sokongan semua pihak di sini sepanjang saya berkhidmat di USM,” tambahnya dengan nada sebak sebelum mengakhiri ucapan kerana merindui para pelajar USM dan staf BHEPA.

20230623 03

Seluruh warga USM mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mantan ahli dan Ex-Officio LGU USM tersebut, dan mengharapkan mereka akan terus membantu universiti mencapai kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan.

Teks: Muhammad Haziq Aqmar Amril Nurman (Intern@MPRC)/ Foto: Mohammad Nazer Abdul Hadi

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718