USM PULAU PINANG, 1 Julai 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Majlis Penghargaan Universiti 2025 – Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 & Anugerah Sanjungan Budi (ASB) 2025 dengan jayanya dan penuh kemeriahan pada 1 Julai 2025 (Selasa), jam 2.00 petang, bertempat di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang.
Majlis yang penuh berprestij ini telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed, FASc., Naib Canselor USM dengan sesi penyampaian amanat penghargaan dan inspirasi buat seluruh warga universiti.
Tahun ini, seramai 375 orang staf cemerlang dari pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebagai tanda pengiktirafan atas dedikasi dan prestasi luar biasa mereka dalam memacu kecemerlangan USM.
Tidak ketinggalan, seramai 118 orang staf berbakti turut diraikan sebagai penerima Anugerah Sanjungan Budi (ASB) 2025, di atas jasa dan khidmat mereka selama 25 tahun membina kecemerlangan bersama universiti tercinta.
Secara keseluruhan, 493 orang staf telah diraikan pada hari ini dan menjadinya sebagai satu angka yang melambangkan kekuatan, komitmen dan semangat luar biasa warga USM!
Majlis ini turut disiarkan secara langsung menerusi laman sesawang dan platform rasmi Facebook USM dan Youtube USM bagi membolehkan seluruh warga kampus dan masyarakat umum turut sama berkongsi detik-detik istimewa ini.
Sumber : FB & Youtube Universiti Sains Malaysia
Pautan Pantas
Hubungi Kami
Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718