MAJLIS MINUM PETANG URUS SETIA PENCALONAN DEKAN PUSAT PENGAJIAN SESI 2025-2027 BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI
USM, 22 OGOS 2024 – Sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan Program Pencalonan Dekan Pusat Pengajian Sesi 2025-2027, Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Majlis Minum Petang bersama Urus Setia dan Pengurusan Tertinggi Universiti pada 21 Ogos 2024 (Selasa) jam 4.00 petang di VIP Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori.
Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed juga telah menyampaikan surat penghargaan kepada semua urus setia yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah atas sumbangan dan usahasama yang diberikan sepanjang proses Program Pencalonan Dekan Pusat Pengajian dijalankan dan mengharapkan semua pegawai di Pusat Pengajian terus memberikan jalinan kerjasama yang baik untuk Dekan yang akan dilantik nanti.
Foto: Mohd Fairus Md Isa (MPRC)