• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • MAJLIS ANUGERAH SANJUNGAN BUDI 2020-2023, MANIFESTASI PENGHARGAAN USM TERHADAP KAKITANGAN YANG LAMA BERKHIDMAT

MAJLIS ANUGERAH SANJUNGAN BUDI 2020-2023, MANIFESTASI PENGHARGAAN USM TERHADAP KAKITANGAN YANG LAMA BERKHIDMAT

NIBONG TEBAL, 29 Ogos 2024 – Majlis Anugerah Sanjungan Budi 2020-2023 merupakan manifestasi penghargaan Universiti Sains Malaysia (USM) kepada kakitangannya yang telah memberikan perkhidmatan selama 25 tahun.

20240829 01

Berikut adalah kenyataan Naib Canselornya, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed ketika hadir dalam merasmikan majlis tersebut yang diadakan di Kampus Kejuruteraan USM pada hari ini.

“Kakitangan adalah nadi kejayaan sesebuah organisasi, khususnya di universiti ini yang berfungsi sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan penyelidikan," ujar beliau sambil menekankan bahawa tanpa sokongan padu dan dedikasi kakitangan, misi dan visi USM tidak mungkin tercapai.

20240829 0220240829 0320240829 0420240829 0520240829 0620240829 0720240829 0820240829 09

"Dari tenaga pengajar hingga staf sokongan, setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi universiti dan pencapaian objektif institusi,” tambah Abdul Rahman.

Selain daripada itu, beliau turut menyatakan bahawa penghargaan ini adalah satu usaha universiti dalam meraikan sumbangan besar kakitangannya, yang telah sama-sama membantu mengekalkan nama USM sebagai institusi unggul di peringkat kebangsaan dan antarabangsa selama ini.

Malah, anugerah ini juga telah memperlihatkan komitmen USM dalam menjaga kebajikan dan menghargai nilai pekerjanya, selaras dengan agenda APEX universiti yang mengutamakan kesejahteraan staf serta para pelajar.

20240829 1020240829 1120240829 1220240829 13

Pada Majlis Anugerah Sanjungan Budi kali ini, seramai 115 daripada 187 penerima Anugerah Sanjungan Budi bagi tahun 2020 hingga 2023 telah diiktiraf dan diraikan, yang mana penganjurannya pada tahun-tahun sebelum ini telah ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

Daripada jumlah tersebut, 143 penerima masih aktif berkhidmat di USM, manakala 42 adalah staf telah tamat perkhidmatan, dan 2 orang merupakan staf pinjaman.

Turut hadir sebagai penerima anugerah adalah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dato' Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Profesor Dr. Habibah A Wahab; dan Pengarah Kampus Kejuruteraan, Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin.

20240829 1420240829 1520240829 1620240829 17

Majlis diserikan jua dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat; Pendaftar, Mohd Azizudin Mohd Shariff; dan Pengerusi Majlis Anugerah Sanjungan Budi Tahun 2020–2023 merangkap Timbalan Pendaftar di Kampus Kejuruteraan, Mior Zulbahri M. Chek.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718