• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • LATIHAN KEPIMPINAN PROFESIONAL DALAM KALANGAN STAF, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA DAN PEJABAT PENDAFTAR

LATIHAN KEPIMPINAN PROFESIONAL DALAM KALANGAN STAF, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA DAN PEJABAT PENDAFTAR

USM PULAU PINANG, 9 Disember 2025 – Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar hari ini telah mengadakan Latihan dalam Perkhidmatan - Kepimpinan Profesional dalam kalangan staf Bahagian Sumber Manusia dan Pejabat Pendaftar.

Latihan yang mensasarkan staf kumpulan Pelaksana dari Bahagian Sumber Manusia dan Pejabat Pendaftar ini telah disampaikan oleh YBrs. Profesor Dr. Noor Hazlina binti Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia.

Dalam sesi ini, Prof. Dr. Noor Hazlina telah berkongsi pengalaman, kepakaran dan inspirasi kepada staf di BSM dan Pejabat Pendaftar agar penyampaian perkhidmatan oleh staf di BSM khususnya dapat dipertingkatkan dengan lebih profesional.

Latihan ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Pendaftar Universiti Sains Malaysia, YBrs. Encik Mohd Azizudin bin Mohd Shariff yang juga telah menyampaikan amanat dan harapan beliau kepada staf sebagai penutup majlis.

    Sumber : FB Bahagian Sumber Manusia USM

      Pautan Pantas

      Hubungi Kami

      Jabatan Pendaftar
      Aras 5,
      Bangunan Canselori,
      Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

      Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
      Fax : 604-6581718  |  

      Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
      dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

      Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

      Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

      • Last Modified: Thursday 12 March 2026.