• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • KONTINJEN STAF USM RAIH KONTINJEN TERBAIK KATEGORI AWAM DI PERARAKAN MAULIDUR RASUL PULAU PINANG 1446H/2024M

KONTINJEN STAF USM RAIH KONTINJEN TERBAIK KATEGORI AWAM DI PERARAKAN MAULIDUR RASUL PULAU PINANG 1446H/2024M

PULAU PINANG, 2024 – Kontinjen Staf Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya memenangi anugerah Kontinjen Terbaik dalam Kategori Awam sempena Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1446H/2024M.

Perarakan yang berlangsung di Padang Kota Lama itu telah menyaksikan penyertaan seramai 43 kontinjen dari pelbagai agensi, badan berkanun, dan badan beruniform dengan tema sambutan tahun ini, "Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI."

20240916 01

Kontinjen USM yang terdiri daripada 30 orang staf, 15 lelaki dan 15 wanita dari Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), menunjukkan semangat berpasukan dan dedikasi yang tinggi sepanjang acara.

20240916 02

20240916 03

Penyertaan USM dalam perarakan tersebut mencerminkan disiplin, komitmen, dan kerjasama berpasukan yang utuh antara staf, selain sokongan penuh daripada pihak pengurusan USM.

Menurut Penyelaras Program, Norazlinda Muda, kejayaan ini adalah bukti usaha keras kontinjen yang sentiasa bersemangat dalam mengharumkan nama universiti.

"Kejayaan ini memperkukuhkan lagi semangat patriotisme dan kecintaan terhadap Rasulullah dalam kalangan staf USM, di samping memupuk budaya kerja berpasukan yang tinggi," kata Norazlinda; seorang Ketua Unit, Unit Perhubungan Staf di Bahagian Sumber Manusia.

20240916 04

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan sejurus selepas perarakan, bertempat di Dewan Sri Pinang, dan hadiah telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

20240916 05

Perarakan Maulidur Rasul ini menjadi platform bagi staf USM untuk meningkatkan semangat kerjasama dan cinta kepada Rasul, selaras dengan moto universiti, "Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok."

20240916 06

Penyertaan aktif warga staf dalam aktiviti sebegini membantu mengukuhkan lagi komitmen USM untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Teks & Foto: Jabatan Pendaftar/Suntingan: Shafinaz Md Ismail

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Tuesday 12 November 2024.