• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • JUBAH KONVOKESYEN: TRADISI DAN LEGASI KESARJANAAN YANG MASIH DITERUSKAN

JUBAH KONVOKESYEN: TRADISI DAN LEGASI KESARJANAAN YANG MASIH DITERUSKAN

20231205 01

USM PULAU PINANG, 4 Disember 2023 – “Di mana bilik jubah?” Itulah soalan yang akan diajukan oleh siswa, sewaktu datang untuk mendapatkan jubah masing-masing.

Ini adalah antara persiapan wajib yang akan dilakukan sebelum menaiki pentas dan menerima ijazah sewaktu upacara konvokesyen berlangsung.

Universiti Sains Malaysia (USM), seperti universiti lain juga, menjalankan upacara konvokesyennya setiap tahun.

USM telah selesai melangsungkan upacara konvokesyennya yang ke-61 pada 21 hingga 27 November 2023 yang baru berlalu.

Tatkala berlangsungnya konvokesyen USM, tular di media sosial tentang jubah konvokesyen dari USM antara jubah yang memiliki rekaan ringkas, praktikal dan menarik, serta mendapat pujian dari netizen.

20231205 02

Butiran dari sumber Arkib USM menunjukkan bahawa Konvokesyen Pertama telah dijalankan pada 10 Jun 1972 di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang, yang mana 39 orang telah menerima ijazah. Kesemua penerima dilihat sudah memakai jubah konvokesyen waktu itu.

Upacara konvokesyen seterusnya hingga yang ketujuh (1978) juga telah dijalankan di Dewan Sri Pinang.

Jubah khas dengan warna ungu sebagai warna rasmi disediakan bagi setiap pegawai penting di universiti dalam upacara tersebut.

Ada jubah khusus untuk Canselor, Pro-Canselor, Naib Canselor, Ahli Lembaga Gabenor, Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan, Dekan Pusat Pengajian atau Pengarah Pusat Khidmat, selain untuk para graduan.

Umumnya set jubah yang diperbuat dari bahan sutera dan baldu terdiri dari jubah (robe) yang labuh ke pangkal betis, selendang (hood) dan topi (cap atau mortarboard).

20231205 03

Para graduan akan dibenarkan meminjam jubah konvokesyen tersebut beserta selendang warna mengikut bidang pengajian dalam tempoh masa tertentu, dari waktu sebelum hingga selepas upacara tersebut.

Jubah asal USM telah direka oleh pereka jubah sebuah syarikat yang berpangkalan di United Kingdom.

Teks: Mazlan Hanafi Basharudin

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Tuesday 12 November 2024.