• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • JOM SERTAI WACANA KAUNSELING & KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI (WAKEP) USM 2023

JOM SERTAI WACANA KAUNSELING & KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI (WAKEP) USM 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Wacana Kaunseling & Kesejahteraan Psikologi (WaKEP) USM 2023 bersempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Universiti seperti butiran berikut:

Tarikh : 10 Oktober 2023 (Selasa)
Masa : 08.30 pagi - 04.30 petang
Medium : Facebook Live @ Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling Staf USM

Untuk makluman, Wacana berbentuk webinar ini merupakan penganjuran kali ketiga dengan mengetengahkan tema "Universal Love" untuk memupuk nilai kasih sayang terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Wacana ini juga bertujuan untuk mendekati warga USM, komuniti dan para pelajar dengan pelbagai info menarik dan berilmiah melalui perkongsian hebat daripada penceramah yang pakar dalam bidang psikologi dan kaunseling. Penyertaan wacana ini adalah PERCUMA dengan pemberian mata MyCPD Staf USM, mata MyCSD Pelajar USM, mata PPB Kaunselor Berdaftar LKM (2 mata/ Kompenan Ilmu dan Kemahiran 1) berserta e-Sijil kepada peserta yang menyertai wacana ini secara sepenuh sesi.

Pendaftaran dibuka sekarang dan akan ditutup pada 06 Oktober 2023 (Jumaat). Laman Pautan Pendaftaran adalah https://forms.office.com/r/QvSCPHsemd

Sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia WaKEP USM 2023 seperti butiran berikut :

Encik Mohamad Shafieq bin Ishak : 04-6536072 / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
Encik Ku Mohd Ashraff bin Indera Putera: 04-6536069 / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

20230917 01

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Tuesday 12 November 2024.