• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • JABATAN PENDAFTAR ANJUR MAKMAL PELAKSANAAN SSPA, KAJI INTIPATI PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 01/2024

JABATAN PENDAFTAR ANJUR MAKMAL PELAKSANAAN SSPA, KAJI INTIPATI PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 01/2024

PULAU PINANG, 29 September 2024 – Jabatan Pendaftar Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM) di bawah pimpinan Pendaftar dan Bahagian Sumber Manusia telah mengadakan Makmal Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 27-28 September 2024 di The Light Hotel.

20240927 10

Makmal tersebut telah diketuai oleh Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff dengan melibatkan 48 orang pegawai dan staf dari ketiga-tiga kampus cawangan USM yang menguruskan hal ehwal perkhidmatan, saraan, kenaikan pangkat, pengambilan, kebajikan dan pembangunan staf.

Selain pegawai dan staf di bawah Jabatan Pendaftar, makmal tersebut turut melibatkan beberapa Pegawai Teknologi Maklumat dari Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) USM yang akan membantu dalam membangunkan sistem SSPA itu.

20240927 11

Azizudin berkata, seperti mana semua sedia maklum, Pegawai Awam hanya diberikan tempoh opsyen selama 40 hari sahaja bermula 21 Oktober hingga 30 November 2024.

“Saya yakin 40 hari tersebut adalah satu tempoh yang amat genting bukan sahaja kepada USM malahan kepada semua Agensi Awam yang lain dalam memastikan pelaksanaan SSPA ini dapat dilaksanakan dengan jayanya selaras dengan aspirasi Kerajaan mengutamakan prestasi perkhidmatan awam dan mendahulukan kebajikan penjawat awam,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, tujuan makmal tersebut diadakan adalah untuk mengkaji dan memperincikan setiap intipati yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 tersebut supaya dapat diterjemahkan dalam pemahaman yang lebih mudah kepada warga staf USM melalui satu sesi town hall yang dijangka akan diadakan pada awal minggu kedua bulan Oktober nanti.

20240927 13

Tambah Azizudin, “Komitmen, kerjasama serta perkongsian idea daripada semua pegawai dan staf yang terlibat dalam makmal ini diharap dapat membantu pihak Universiti mengimplementasikan SSPA ini dengan jayanya.”

“Universiti akan berusaha dalam memastikan semua warga USM mendapat maklumat yang lengkap berkenaan SSPA ini agar keputusan opsyen yang bakal dibuat nanti adalah yang terbaik untuk kelangsungan perkhidmatan warga staf.”

Berkuat kuasa 1 Disember 2024, Kerajaan akan melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

20240927 14

20240927 15

Dengan terlaksananya SSPA ini, Kerajaan menerusi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berharap agar aspirasi Reformasi Perkhidmatan Awam akan terus diperkasakan dengan menyemai sikap taat setia dalam kalangan Pegawai Awam serta mampu memberikan khidmat yang terbaik dalam memacu kesejahteraan negara dan rakyat secara keseluruhannya.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 (Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan) boleh diakses melalui portal www.sspa.jpa.gov.my bermula 13 September 2024.

Teks & Foto: Norazlinda Muda, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar USM

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Tuesday 12 November 2024.