HARI WARGA STAF UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) KEMBALI LAGI

2023 24 HWS23

Setelah tiga (3) tahun tertangguh ekoran pandemik COVID-19 dan kali terakhir penganjurannya pada tahun 2019, Hari Warga Staf USM kembali lagi bagi tahun 2023.

Enam (6) kontinjen bakal berentap mewakili kesemua kampus terdiri daripada Halia Bara yang mewakili Kampus Induk, Serai Wangi mewakili Kampus Kejuruteraan, Duri Tujuh dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) serta Misai Kucing, Kacip Fatimah dan Jarum Mas wakil tuan rumah Kampus Kesihatan.

Boling, Campuslauf, Scavenger Hunt, Tug of War, Funday Esporte, Masterchef, Anjung Lestari, Hip-hip Horey dan Pentas Lantera Seni adalah acara yang bakal dipertandingkan pada edisi kali ini.

Menang atau kalah adat pertandingan. Medal serta piala bukanlah semata-mata apa yang dikejar. Budaya hidup sihat menerusi sukan, semangat kerjasama berpasukan serta penganjuran aktiviti melibatkan warga segenap lapisan dalam suasana kekeluargaan adalah antara tujuan utama Hari Warga Staf USM 2023 bertemakan ‘Warga Harmoni, Universiti Lestari’.

Lapangkan kalendar anda untuk Hari Warga Staf USM 2023 yang akan berlangsung pada 25 hingga 26 Ogos ini di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kelantan.

Bagi yang berminat, sila hubungi wakil kontinjen masing-masing. Maklumat lanjut, syarat pertandingan dan borang penyertaan daripada jawatankuasa induk serta setiap acara boleh dirujuk menerusi pautan https://hws2023.kk.usm.my

Jumpa di Kampus Kesihatan nanti.

#WargaHarmoniUniversitiLestari
#HariWargaStafUSM2023

JAWATANKUASA KECIL HEBAHAN, SAMBUTAN & PROTOKOL
HARI WARGA STAF USM 2023

Media & Public Relations Centre (MPRC)
Campus Director's Office
Health Campus, Universiti Sains Malaysia

 

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718