Pusat Transformasi Insan (PTI), Universiti Sains Malaysia telah berjaya menganjurkan Credential Training Program (CTP): Penyeliaan Efektif pada 19 hingga 20 Mei 2026 bertempat di Bilik Seminar, Pusat Transformasi Insan. Program ini melibatkan seramai 27 orang peserta daripada kumpulan staf pelaksana.
Antara pengisian utama program termasuklah modul Kaunseling & Motivasi, Prosedur Perundangan, Komunikasi Penyeliaan serta Pengurusan Sumber Manusia & Penilaian Prestasi yang dilaksanakan secara interaktif bagi meningkatkan kefahaman dan keyakinan peserta dalam melaksanakan fungsi penyeliaan secara lebih sistematik dan profesional.
Program turut diserikan dengan Sesi Bersama Pendaftar yang menampilkan amanat dan perkongsian inspirasi oleh YBrs. Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff. Dalam ucapan beliau, para peserta diseru untuk terus memperkukuh integriti, mengamalkan budaya kerja cemerlang serta melaksanakan tanggungjawab penyeliaan dengan penuh amanah, profesionalisme dan keteladanan. Beliau turut menekankan bahawa peranan penyelia bukan sahaja sebagai pemantau tugas, malah sebagai pemimpin yang mampu membimbing, membangun dan memberi inspirasi kepada warga kerja di bawah seliaan masing-masing.
Penganjuran program ini diharapkan dapat melahirkan barisan penyelia yang lebih kompeten, berdaya saing dan mampu menyumbang secara signifikan ke arah pengukuhan kecemerlangan perkhidmatan universiti secara berterusan.
#CTP2026
#PenyeliaanEfektif
#PusatTransformasiInsan
Sumber : FB Pusat Transformasi Insan USM
Pautan Pantas
Hubungi Kami
Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718