BULETIN KATALIS TERBIT KEJAYAAN BAHAGIAN KAUNSELING USM

USM PULAU PINANG, 11 Januari 2023 - Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar telah mengambil inisiatif dengan menerbitkan e-Buletin Perkhidmatan dan Perundingan Kaunseling Staf USM berjudul KATALIS Edisi Tahun 2022 baru-baru ini.

Antara Intipati Buletin ini merangkumi Sorotan program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022; Inovasi perkhidmatan kaunseling; Direktori Kaunselor BSM; Artikel Motivasi Kaunselor; dan Terapi Minda Sihat.

1

Pihak BSM juga berharap melalui penerbitan e-Buletin KATALIS ini, warga USM mendapat info lanjut berkaitan Perkhidmatan dan Perundingan Kaunseling Staf USM, di samping tip penjagaan kesihatan mental melalui "Terapi Minda Sihat dan Artikel Kaunselor".

Pautan e-Buletin KATALIS boleh didapati menerusi https://online.fliphtml5.com/ravyx/hapb/ ataupun boleh juga boleh layarinya menerusi laman media sosial Facebook dan Saluran Telegram iaitu https://www.facebook.com/kaunselorstafusm dan https://t.me/kaunselingstafusm

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

    • Last Modified: Tuesday 12 November 2024.