USM PULAU PINANG, 21 April 2026 – Aktiviti Pengukuran Saiz Baju Seragam Universiti bagi pembekalan tahun 2026/2027 telah berjaya dilaksanakan pada 20 dan 21 April 2026 (Isnin dan Selasa) bertempat di Dewan Utama Pelajar B (DUP B). Program ini dianjurkan oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan (UPK), Bahagian Sumber Manusia (BSM) dengan kerjasama pihak pembekal yang telah dilantik melalui proses pelawaan tender universiti.
Pelaksanaan aktiviti ini melibatkan pengukuran bagi beberapa jenis pakaian seragam iaitu baju seragam umum, pakaian overall, kot putih, kot makmal dan pakaian skrub. Aktiviti telah berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan merangkumi sesi pagi dan sesi petang.
Secara keseluruhannya, kehadiran staf yang layak adalah amat menggalakkan dan memberi kerjasama yang baik sepanjang pelaksanaan aktiviti. Komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak telah membantu memastikan proses pengukuran berjalan dengan teratur dan efisien.
Pihak penganjur juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pembekal atas kerjasama dan profesionalisme yang diberikan sepanjang aktiviti ini berlangsung.
Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dalam memastikan pengukuran saiz pakaian seragam staf dilaksanakan dengan tepat dan sistematik bagi tujuan pembekalan tahun 2026/2027.
Sumber : Unit Pentadbiran & Kewangan (UPK), Bahagian Sumber Manusia
Pautan Pantas
Hubungi Kami
Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718