• Home
  • Berita & Hebahan
  • Berita & Informasi
  • AI GENERATIF SEBAGAI KOMPAS PRODUKTIVITI TINGKAT KEUPAYAAN STAF BERFIKIR SECARA KRITIS

AI Generatif Sebagai Kompas Produktiviti Tingkat Keupayaan Staf Berfikir Secara Kritis

Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Latihan ICT bertajuk “AI Generatif sebagai Kompas Produktiviti” pada 30 Januari 2026 (Jumaat) bertempat di Bilik Seminar, Aras 2, Bangunan Canselori. Program yang berlangsung dari 9.30 hingga 11.30 pagi ini telah disertai oleh staf Bahagian Sumber Manusia dan Pejabat Pendaftar.

Latihan ini telah disampaikan oleh Coach Salwan, seorang Professional Learning Facilitator, dengan fokus kepada penggunaan AI generatif seperti ChatGPT secara beretika, strategik dan berfikir aktif dalam persekitaran kerja organisasi.

Melalui pendekatan Kompas A.C.T.I.V.E, peserta didedahkan kepada kaedah menjadikan AI sebagai rakan berfikir (co-thinker) dan bukannya alat penyalinan pasif. Penekanan diberikan kepada pembangunan kemahiran berfikir kritis, reflektif dan kontekstual agar penggunaan teknologi AI dapat meningkatkan produktiviti tanpa menghakis keupayaan intelek manusia.

Antara pengisian utama latihan termasuk teknik membina soalan berkualiti, menilai kesahihan maklumat, mengintegrasikan pengetahuan sedia ada dengan konteks organisasi serta mengubah hasil AI kepada output yang lebih bermakna dan bernilai insani.

Penganjuran latihan ini selaras dengan aspirasi organisasi untuk melahirkan warga kerja yang celik digital, berdaya fikir tinggi dan berkeupayaan memanfaatkan teknologi secara bijaksana dalam menyokong tadbir urus dan perkhidmatan yang cemerlang.

      Pautan Pantas

      Hubungi Kami

      Jabatan Pendaftar
      Aras 5,
      Bangunan Canselori,
      Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

      Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
      Fax : 604-6581718  |  

      Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
      dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

      Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

      Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718

      • Last Modified: Friday 30 January 2026.