• Home
  • Berita & Hebahan
  • Hebahan & Pekeliling
  • HEBAHAN BSM : SLAID DAN RAKAMAN TAKLIMAT PELAKSANAAN FORMAT BAHARU SKT DAN LPP STAF AKADEMIK

HEBAHAN BSM : SLAID DAN RAKAMAN TAKLIMAT PELAKSANAAN FORMAT BAHARU SKT DAN LPP STAF AKADEMIK

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Dato' Seri/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
 
SLAID DAN RAKAMAN TAKLIMAT PELAKSANAAN FORMAT BAHARU SKT DAN LPP STAF AKADEMIK
 
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sehubungan kepada Taklimat Pelaksanaan Format Baharu Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Penilaian Prestasi (LPP) Staf Akademik yang telah diadakan pada 4 Jun 2024 (Selasa) kepada staf akademik di Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan IPPT dan pada 11 Jun 2024 (Selasa) kepada staf akademik di Kampus Kesihatan menerusi platform Webex, sukacita bersama ini dimaklumkan bahawa slaid dan rakaman taklimat ini boleh dicapai di laman web Bahagian Sumber Manusia (bsm.usm.my), di bawah menu “MUAT TURUN” dan diikuti sub menu “INFO TAKLIMAT”.

 
Di dalam hal ini, mohon perhatian dan kerjasama YBhg. Dato' Seri/Dato'/Datin/Tuan/Puan, bahawa slaid ini adalah sulit dan untuk rujukan dalaman USM sahaja.

Sekian, terima kasih.
 
b/p    Puan Norazreen Razak
       Ketua Penolong Pendaftar
             Unit Perkhidmatan dan Saraan
       Bahagian Sumber Manusia
       Jabatan Pendaftar
 

Jabatan Pendaftar

Universiti Sains Malaysia

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718