Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato' Seri/Dato'/ Prof./ Prof. Madya/Dr./ Tuan/ Puan,
SLAID TAKLIMAT PEMBERIAN INSENTIF BERASASKAN PRESTASI (BIPs) BAGI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA HADIAH PENGIKTIRAFAN AKADEMIK (HPA)
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Sehubungan kepada Taklimat Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) yang telah diadakan pada 16 Mac 2026 (Isnin) kepada warga USM di Dewan Persidangan Universiti (DPU) dan dalam talian melalui platform Webex, sukacita bersama ini dimaklumkan bahawa slaid taklimat ini boleh dicapai di laman web Bahagian Sumber Manusia (bsm.usm.my), di bawah menu “MUAT TURUN” dan diikuti sub menu “INFO TAKLIMAT”.
Di dalam hal ini, mohon perhatian dan kerjasama YBhg. Dato' Seri/Dato'/Datin/Tuan/Puan, bahawa slaid ini adalah sulit dan untuk rujukan dalaman USM sahaja.
Sekian, Terima Kasih.
b.p Puan Sarina Binti Razak
Timbalan Pendaftar
Bahagian Sumber Manusia
- Menjalankan Fungsi Ketua Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Malaysia
Pautan Pantas
Hubungi Kami
Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718