• Home
  • Berita & Hebahan
  • Hebahan & Pekeliling
  • PERTANDINGAN SENI LUKISAN & MENCIPTA POSTER DIGITAL KESEDARAN KESEJAHTERAAN MENTAL BAGI PROGRAM SENI EKSPRESIF JIWA (SEJiwa) USM 2024

PERTANDINGAN SENI LUKISAN & MENCIPTA POSTER DIGITAL KESEDARAN KESEJAHTERAAN MENTAL BAGI PROGRAM SENI EKSPRESIF JIWA (SEJiwa) USM 2024

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato' Seri/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan program Seni Ekspresif Jiwa (SEJiwa) bersempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Universiti Sains Malaysia bagi tahun 2024. 

Seni Ekspresif Jiwa (SEJiwa) USM 2024 pada tahun ini akan mempertandingkan tiga (3) kategori pertandingan iaitu Nyanyian (SEJiwa Voice), Seni Lukisan dan Mencipta Poster Digital bertemakan kesedaran kesejahteraan mental dengan penyertaan daripada pelajar & staf USM.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam diri warga Universiti tentang kepentingan menjaga kesihatan mental disamping bersikap terbuka terhadap perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan di dalam mahupun di luar Universiti.

Sehubungan dengan itu, Bahagian ini berbesar hati menjemput warga staf dan pelajar USM untuk menyertai Pertandingan Seni Lukisan dan Mencipta Poster Digital yang bertemakan kesedaran kesejahteraan mental ini. Penyertaan adalah percuma. Bersama-sama e-mel ini dilampirkan poster program dan syarat-syarat pertandingan untuk perhatian dan rujukan YBhg. Datuk/Dato' Seri/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan.

Kerjasama dan bantuan daripada YBhg. Datuk/Dato' Seri/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada semua staf dan pelajar di bawah Pusat Tanggungjawab masing-masing amatlah dihargai.

Berikut dilampirkan laman pautan (Link) pendaftaran & syarat pertandingan setiap pertandingan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato' Seri/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan. 

Pertandingan Seni Lukisan:
https://forms.office.com/r/0EQDsjxapJ

Pertandingan Poster Digital:
https://forms.office.com/r/GGB2xhKhaJ

Syarat Pertandingan Seni Lukisan & Mencipta Poster Digital Seni Ekspresif Jiwa (SEJiwa) USM 2024 
(klik pautan di atas untuk mendapatkan syarat-syarat pertandingan)
(klik pautan di atas untuk mendapatkan syarat-syarat pertandingan)

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, YBhg. Datuk/Dato' Seri/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan, boleh menghubungi urus setia bagi setiap pertandingan seperti butiran di bawah : - 

Urus Setia Pertandingan Seni Lukisan :

Encik Mohamad Shafieq bin Ishak
Pegawai Psikologi, Jabatan Pendaftar 
Merangkap Pengarah Program SEJiwa USM 2024
No. Tel : 04-653 6072  | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.      

Urus Setia Pertandingan Poster Digital :

Encik Muhammad Firdaus bin Abu Mansor
Pegawai Psikologi, Jabatan Pendaftar 
No. Tel : 04-653 6095  | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato' Seri/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

Sekian.

b/p    Encik Mohamad Shafieq bin Ishak
Pegawai Psikologi
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Malaysia

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718