• Home
  • Berita & Hebahan
  • Hebahan & Pekeliling
  • JEMPUTAN KEPADA WARGA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (KAMPUS INDUK, KAMPUS KEJURUTERAAN DAN IPPT) KE SESI WEBINAR PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

JEMPUTAN KEPADA WARGA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (KAMPUS INDUK, KAMPUS KEJURUTERAAN DAN IPPT) KE SESI WEBINAR PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Tarikh : 12 Mac 2024

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

JEMPUTAN KEPADA WARGA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (KAMPUS INDUK, KAMPUS KEJURUTERAAN DAN IPPT) KE SESI WEBINAR PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2.        Sebagai makluman, pembangunan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Jun 2023. Pembangunan sistem ini bertujuan untuk melaksanakan perkongsian data peringkat individu oleh semua agensi Kerajaan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan Kerajaan dan memastikan pembuatan keputusan dasar adalah berpacukan data.

3.     Sistem PADU telah Go-Live pada 2 Januari 2024 bagi membolehkan rakyat Malaysia mengemaskini maklumat peribadi secara kendiri. Untuk makluman, sebanyak 64.2% (2,624 anggota) USM Pulau Pinang (Kampus Induk,Kampus Kejuruteraan dan IPPT) belum mendaftar sistem PADU berdasarkan laporan pendaftaran PADU sehingga 27 Februari 2024.

4.     Sehubungan itu, bagi memastikan pelaksanaan PADU berjalan lancar, sesi penerangan ringkas daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pulau Pinang secara dalam talian (webinar) kepada warga USM Pulau Pinang (Kampus Induk,Kampus Kejuruteraan dan IPPT) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Mac 2024 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi
Pautan : Aplikasi Microsoft Team
https://tinyurl.com/SesiWebinarPADU6

5.     Perhatian dan kerjasama mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

(PEJABAT PENDAFTAR)

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718