JEMPUTAN KE SESI LIBAT URUS SECARA DALAM TALIAN BERSAMA PENTADBIR & KUMPULAN PELAKSANA
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
JEMPUTAN KE SESI LIBAT URUS SECARA DALAM TALIAN BERSAMA PENTADBIR & KUMPULAN PELAKSANA DARI UNIVERSITI AWAM (UA), INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (IPTS), POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI BAGI PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA (PPPTM) 2026 - 2035
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang merangka dan membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi (PPPTM) 2026-2035.
3. Sehubungan dengan itu, satu sesi libat urus secara dalam talian bersama para pentadbir & kumpulan pelaksana dari Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik Dan Kolej Komuniti bagi PPPTM 2026-2035 akan diadakan, di mana objektif sesi libat urus ini adalah untuk mengenal pasti cabaran semasa sistem pendidikan tinggi Malaysia dan mendapatkan maklum balas serta pandangan daripada semua lapisan masyarakat untuk memastikan penghasilan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia yang lebih inklusif dan mampan. Butiran pelaksanaan sesi tersebut adalah seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 26 September 2024 (Khamis)
Masa : 8.30 malam - 10.30 malam
Secara dalam talian : ZOOM
Meeting ID : 915 8712 6300
Passcode : PPPTM2635
Pautan Pengesahan Kehadiran : https://forms.gle/y4EGs15V9BAhuXhV6
4. Sesi libat urus ini akan melibatkan kumpulan pakar, ahli jawatankuasa kerja PPPTM 2026-2035 bersama-sama dengan peserta-peserta daripada :
-
- Pentadbir & Kumpulan Pelaksana dari UA (Semua Gred)
- Pentadbir & Kumpulan Pelaksana dari IPTS
- Pentadbir & Kumpulan Pelaksana dari Politeknik (Semua Gred)
- Pentadbir & Kumpulan Pelaksana dari Kolej Komuniti (Semua Gred)
5. Mohon jasa baik YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, untuk membuat jemputan dan hebahan kepada semua pentadbir & kumpulan pelaksana dari UA, IPTS, Politeknik & Kolej Komuniti serta pengesahan kehadiran di pautan yang telah disediakan bagi sesi libat urus ini.
6. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
Nama : Encik Zharif Fikri Suandi
No. Telefon : +6019-5481193
Nama : Cik Isshwaryaa
No. Telefon : +6011-11929045
Nama : YBrs. Dr. Idasuzana binti Idris
No. Telefon : +6013-3803905
Nama : Cik Aisya Amalin binti Mohd Zamri
No. Telefon : +6010-2487800
7. Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(MOHAMMAD SHAFIQ BIN ABDUL AZIZ)
Penolong Pendaftar Kanan
b.p. Pejabat Pendaftar