• Home
  • Berita & Hebahan
  • Hebahan & Pekeliling
  • HEBAHAN UMUM : PROGRAM INTERNATIONAL USM HARMONI 2023: DOMESTIC VIOLENCE ANJURAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR

HEBAHAN UMUM : PROGRAM INTERNATIONAL USM HARMONI 2023: DOMESTIC VIOLENCE ANJURAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Semua Warga USM,

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan mengadakan Program International USM Harmoni 2023 dengan topik "Domestic Violence" seperti butiran berikut : -

Tarikh : 22 Jun 2023 (Khamis)
Masa : 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari
Medium : Live di laman facebook Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling Staf
https://www.facebook.com/kaunselorstafusm

Program International USM Harmoni pada tahun ini membawakan Penceramah/Pensyarah Psikologi khas dari Universitas Airlangga, Indonesia yang akan membincangkan topik domestic violence atau keganasan rumah tangga. Antara kupasan topik yang akan dijelaskan adalah berkaitan punca, impak dan solusi kepada keganasan rumah tangga secara menyeluruh. Kupasan isu ini termasuk kesan kepada emosi, kerjaya, keluarga, kehidupan seharian dan mental mangsa.

Sehubungan itu, Bahagian ini dengan sukacitanya menjemput semua warga USM (Staf dan Pelajar) yang berminat untuk mendaftarkan diri sebagai peserta ke program ini. Sebagai makluman, Mata myCDP Staf USM, myCSD Pelajar USM akan disediakan.

Tuan/Puan yang berminat bolehlah mendaftarkan diri melalui laman pautan yang disediakan seperti berikut : https://forms.office.com/r/VjEdgBkpuj sebelum atau selewat-lewatnya pada 20 Jun 2023 (Selasa), jam 12:00 tengah hari.

Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Encik Muhamad Kamarulzaman bin Omar di sambungan 6100. Terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

NUR AMIRAH ASYIKIN BINTI HASMIZAR K.B.;P.A.
Pegawai Psikologi
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
11800 Universiti Sains Malaysia
Penang, Malaysia.
Tel: 04-653 6103/6102 (HR) Ext. (6077)
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook: Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling Staf USM
https://www.facebook.com/kaunselorstafusm

BSM 20230606 kaunseling

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718