HEBAHAN UMUM : PELAWAAN UNTUK MENGISI JAWATAN NAIB CANSELOR DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan,
PELAWAAN UNTUK MENGISI JAWATAN NAIB CANSELOR DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mempelawa staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (Akademik) di organisasi YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Naib Canselor di UniMAP.
3. Iklan jawatan adalah seperti di pautan berikut:https://bit.ly/3PkYLLq . Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada :
Pendaftar
Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Perlis
Aras 1, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin
Kampus Alam UniMAP Pauh Putra
02600 Arau,
Perlis.
Emel:
4. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dikemukakan kepada Salfarina Omar, Unit Perjawatan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Perlis di talian 04-941 4087 atau emel:
5. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(PEJABAT PENDAFTAR)