HEBAHAN SUMBER MANUSIA : SENI EKSPRESIF JIWA (SEJIWA) USM 2023 BERSEMPENA SAMBUTAN BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN PERINGKAT USM TAHUN 2023 ANJURAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'Seri/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan,
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) akan menganjurkan program Seni Ekspresif Jiwa (SEJiwa) bersempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat USM Tahun 2023.
Seni Ekspresif Jiwa (SEJiwa) USM 2023 merupakan program kesedaran kesejahteraan mental yang julung kalinya diadakan di Universiti Sains Malaysia melalui aktiviti ekspresi seni bagi lima (5) kategori pertandingan iaitu pidato, nyanyian, pantun, video pendek dan deklamasi puisi yang bertemakan “Mental Sejahtera, Warga Bahagia” dengan melibatkan penyertaan daripada pelajar & staf USM. Usaha pelaksanaan program bervariasi baharu ini adalah seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesejahteraan mental dan peranan perkhidmatan kaunseling yang dapat diperluaskan bukan sahaja kepada warga USM malah kepada orang awam.
Sehubungan itu, Bahagian ini berbesar hati menjemput seluruh warga USM untuk menyertai acara yang dipertandingkan dalam program SEJiwa ini. Bersama e-mel ini dilampirkan poster program, syarat dan peraturan pertandingan untuk perhatian dan rujukan YBhg. Datuk/Dato'Seri/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato'Seri/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan, memanjangkan hebahan ini kepada semua staf & pelajar di bawah seliaan masing-masing.
Berikut dilampirkan laman pautan (Link) pendaftaran & syarat pertandingan setiap acara untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato'Seri/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, YBhg. Datuk/Dato'Seri/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan, boleh menghubungi urus setia bagi setiap acara seperti butiran di bawah : -
Pidato Kesejahteraan Mental "Piala Pendaftar USM" : https://forms.office.com/r/DCvLwV6Gd2
SEJiwa Voice : https://forms.office.com/r/Z6draLRZ0S
Mendeklamasi Puisi : https://forms.office.com/r/rfRdFrf7B1
Mencipta Pantun : https://forms.office.com/r/0sjnJBxfQG
Video Pendek Media Kreatif : https://forms.office.com/r/Gg79QNFXu7
Syarat Pertandingan SEJiwa USM 2023 : https://drive.google.com/drive/folders/10GXiThxrQ6CVM17um7GWDMyw40mJDWKE?usp=sharing
Urusetia Pertandingan Pidato Kesejahteraan Mental & Mencipta Pantun :
Encik Muhammad Firdaus Abu Mansor
Pegawai Psikologi, Jabatan Pendaftar
No. Tel : 04-653 6095 | Emel :
Urusetia Pertandingan SEJiwa Voice :
Puan Nur Amirah Asyikin binti Hasmizar
Pegawai Psikologi, Jabatan Pendaftar
No. Tel : 04-653 6077 | Emel :
Urusetia Pertandingan Video Pendek & Mendeklamasi Puisi :
Encik Mohamad Shafieq bin Ishak
Pegawai Psikologi, Jabatan Pendaftar
No. Tel : 04-653 6072 | Emel :
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato'Seri/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Jabatan Pendaftar