• Home
  • Berita & Hebahan
  • Hebahan & Pekeliling
  • HEBAHAN PENYERTAAN PROGRAM Get Ready for University Programme (GEAR Up!) 2024 @ UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

HEBAHAN PENYERTAAN PROGRAM Get Ready for University Programme (GEAR Up!) 2024 @ UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Tarikh: 12 Mac 2024

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,

HEBAHAN PENYERTAAN PROGRAM Get Ready for University Programme (GEAR Up!) 2024 @ UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG OLEH MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.  

2.    Dimaklumkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menganjurkan Get Ready for University Programme (GEAR Up!) 2024 pada 10 – 12 Mei 2024 bertempat di Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia. Program yang dikhususkan kepada para pelajar lepasan SPM 2023 ini adalah berbentuk bengkel indoor dan outdoor dan berfokus kepada kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris serta memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kehidupan sebagai pelajar universiti yang bakal dilalui selepas tamat persekolahan. 

3.         Para pelajar lepasan SPM 2023 yang sedang mencari laluan pendidikan selepas SPM serta berminat untuk belajar bersama MARA adalah dipelawa untuk memohon bagi menyertai program ini. Berikut disertakan butiran lanjut program:

Tarikh : 10 – 12 Mei 2024
Tempat : Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Yuran : Yuran Pendaftaran PERCUMA
(Penginapan, Pengangkutan (Sekitar Pulau Pinang), Makan Minum & Modul disediakan)
Permohonan : https://forms.office.com/r/sL2kedReLt

4.    Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Puan Ily di talian 019-574 2485 atau Encik Aziz di talian 012-457 8358. Untuk makluman, tempat yang disediakan adalah terhad.  Sokongan dari tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian. 

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

Saya yang menjalankan amanah, 

b/p:  RAMLI OSMAN
         Timbalan Pendaftar Kanan
         Bahagian Pengurusan Akademik
         Jabatan Pendaftar, USM
Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Malaysia

BPA 20240312 gear up

    Pautan Pantas

    Hubungi Kami

    Jabatan Pendaftar
    Aras 5,
    Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Malaysia,11800 USM,Pulau Pinang

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Tel : 6046533888 ext. 3111/2416/2403
    Fax : 604-6581718  |  

    Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik
    dan Bahagian Pengurusan Maklumat & ICT

    Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia,11800 Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Tel: 046533888 ext. 3111/2416/2403 | Fax: 04-6581718